Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya hidangan sate yang sedap. Selain menjadi kegemaran ramai, menu ini juga mudah disediakan dan boleh disediakan awal. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Oleh itu bagi anda yang nak cuba buat sendiri sate di hari raya ni, berikut adalah resipi-resipi yang anda perlukan. Selamat mencuba!

 

1. SATE AYAM

Resipi Aneka Sate Sedap Boleh Masak Untuk Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | dibersihkan
  • 5 sudu makan madu

BAHAN KISAR:

  • 15 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
  • 7 batang serai
  • 2cm kunyit hidup
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 150gm gula
  • Lidi sate secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
  2. Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
  3. Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
  4. Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
  5. Sedia untuk dinikmati.

 

2. SATE DAGING

Resipi Aneka Sate Sedap Boleh Masak Untuk Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | dihiris nipis
  • 30 ulas bawang merah | dikisar
  • 15 ulas bawang putih | dikisar
  • 20 tangkai cili kering | dikisar halus
  • 5cm kunyit hidup | dikisar halus
  • 3 batang serai | dikisar halus
  • 3cm lengkuas | dikisar halus
  • 3cm halia | dikisar halus
  • 3 sudu teh jintan manis | dikisar halus
  • 3 sudu teh jintan putih | dikisar halus
  • 3 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak sapi | dicairkan
  • 1 batang serai | dititik
  • Lidi sate secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan daging danperapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta  gula secukupnya. Perap semalaman.
  2. Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
  3. Bakar sate sehingga masak.  Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
  4. Sedia dinikmati.

 

3. SATE HATI DAN PEDAL

Resipi Aneka Sate Sedap Boleh Masak Untuk Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm hati ayam | dipotong dadu
  • 250gm pedal ayam | dihiris kecil
  • 50gm cili kering | dikisar
  • 10 ulas  bawang putih | dikisar
  • 17 ulas bawang merah | dikisar
  • 3cm lengkuas | dikisar
  • 2 batang serai | dikisar
  • 4cm halia | dikisar
  • 4 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Lidi sate secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan hati dan pedal ke dalam bekas. Kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan gula dengan secukupnya.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar. Gaul rata dan perap selama satu jam.
  3. Cucuk hati dan pedal hingga habis dan bakar hingga masak.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Sebaiknya hati dan pedal dicucuk pada lidi secara berasingan kerana pedal mengambil masa yang lebih lama untuk masak.

 

 4. SATE IKAN

IKLAN

Resipi Aneka Sate Sedap Boleh Masak Untuk Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg isi ikan dori sejuk beku | di nyahbekukan
  • 10 ulas bawang merah | dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 5 sudu makan gula perang
  • 1 sudu teh jintan manis | dikisar
  • 1 sudu teh jintan putih | dikisar
  • 4cm halia | dikisar
  • 4cm lengkuas | dikisar
  • 2 batang serai | dikisar
  • Garam secukupnya
  • Lidi sate secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ikan dori dihiris nipis dan digaul bersama garam, gula perang serta serbuk kunyit.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar. Ratakan dan perap selama 30 minit.
  3. Cucuk isi ikan pada lidi dan bakar hingga masak.
  4. Sedia untuk dihidangkan buat tetamu yang bertandang.

Info chef:  Elakkan menghiris isi ikan dengan terlalu nipis kerana sate akan menjadi terlalu kering.

 

 5. SATE KAMBING

Resipi Aneka Sate Sedap Boleh Masak Untuk Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging kambing | dihiris nipis
  • 10 ulas bawang putih | dikisar
  • 20 ulas bawang merah | dikisar
  • 3cm lengkuas | dikisar
  • 2 batang serai | dikisar
  • 4cm halia | dikisar
  • 3 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh jintan manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Lidi sate secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging kambing, serbuk kunyit dan jintan mans ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Kemudian tambahkan gula serta garam dengan secukupnya. Biarkan selama 20 minit.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Gaul sekata dan perap lagi selama satu jam.
  4. Cucuk daging kambing pada lidi dan bakar hingga masak.
  5. Angkat dan nikmati bersama kuah kicap pedas.

Info chef: Guna daging yang sedikit berlemak untuk mendapatkan rasa sate yang berjus dan enak selepas dibakar.

 

 6. SATE LILIT

Resipi Aneka Sate Sedap Boleh Masak Untuk Hari Raya

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi ayam kisar
  • 1 biji cili merah | dicincang
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu makan daun bawang cincang
  • 2 sudu makan daun ketumbar cincang
  • 2 helai daun limau purut | dihiris nipis
  • 1 sudu makan sos ikan
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Serai secukupnya | dibersihkan
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan isi ayam ke dalam mangkuk dan tambahkan putih telur, tepung jagung, sos ikan, garam dan juga serbuk lada sulah. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan cili merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun limau purut. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan kepalkan pada batang serai dengan kemas.
  4. Sapukan sedikit minyak masak pada pemanggang dan bakar sate lilit hingga masak.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Jika mahukan sate yang lebih harum, serai boleh dibelah dua sebelum dikepal dengan adunan ayam cincang.

 

7. SATE PADANG

Resipi Aneka Sate Sedap Boleh Masak Untuk Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging | dihiris nipis
  • 800 ml air
  • 4 batang serai | dihiris nipis
  • 2 helai daun kunyit | dipotong kecil
  • 5 helai daun limau purut
  • 85gm tepung beras | dilarutkan dengan sedikit air
  • 2 sudu makan tepung kanji | dilarutkan dengan sedikit air
  • Lidi sate secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 12 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 7 biji cili merah
  • 4 biji cili api
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 5cm kunyit
  • 4cm halia
  • 2cm lengkuas
  • Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dan masukkan daging dan rempah yang dikisar. Biarkan mendidih.
  2. Kemudian masukkan daun kunyit, serai dan daun limau purut. Masak hingga rempah sebati dan kelihatan masak.
  3. Toskan daging, cucuk pada lidi dan bakar sehingga masak.
  4.  Panaskan air rebusan daging dan tambahkan bancuhan tepung beras dan kanji. Kacau hingga sebati dan kelihatan sedikit likat. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
    5. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Guna daging batang pinang bagi mendapatkan sate yang lembut.

 

 8. SATE TULANG

IKLAN

Resipi Aneka Sate Sedap Boleh Masak Untuk Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg rangka ayam | dipotong kecil
  • 8 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 5 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 3cm lengkuas | dikisar halus
  • 3 batang serai | dikisar halus
  • 3cm halia | dikisar halus
  • 3cm kunyit | dikisar halus
  • 2 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
  • 2 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
  • 2 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
  • 3 sudu makan gula merah
  • Garam dan gula putih secukup rasa
  • Sedikit minyak masak
  • Lidi sate secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gaul rangka ayam bersama gula merah, gula putih dan garam secukup rasa. Biarkan seketika,
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan sangai dan dikisar halus. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
  3. Cucuk tulang ayam pada lidi dengan kemas dan bakar sehingga masak dan kelihatan garing.
  4. Sesekali, sapukan sedikit minyak bagi mengelakkan isi ayam menjadi terlalu kering.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Semakin lama diperap, semakin enak rasanya.  

 

9. SATE PERUT

Resipi Aneka Sate Sedap Boleh Masak Untuk Hari Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg perut lembu | direbus empuk
  • 200 gm bawang merah | dikisar
  • 6cm lengkuas | dikisar
  • 2 batang serai | dikisar
  • 5 cm halia | dikisar
  • 2 sudu teh jintan manis | dikisar
  • 2sudu teh ketumbar | dikisar
  • 2 labu bawang putih | dikisar
  • 6 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Lidi sate secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Perut lembu yang telah empuk dihiris bentuk empat segi kecil. Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan kisar di dalam bekas. Gaul rata. Kemudian masukkan perut lembu tadi. Gaul sehingga semua rempah sebati.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul lagi hingga bahan perasa menjadi rata. Biarkan selama 1 jam.
  4. Cucukkan perut pada lidi sate dan bakar hingga masak.
  5. Sedia untuk dinikmati.

 Info chef:  Cuci perut menggunakan kapur makan bagi membuang bau serta kotoran dan bilas hingga bersih sebelum direbus.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Paling Sedap! Resipi Kuah Kacang Daging Ni Anda Kena Cuba Raya Nanti

Cara Buat Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya

Cara-Cara Buat Ketupat Lemak Versi Homemade. Masak Guna Rice Cooker Je!

10 Resipi Rendang Paling Popular, Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI