Hidangan Agar-Agar Santan Pandan atau Agar-Agar Lumut ni antara manisan kegemaran orang tua dulu-dulu. Malah kanak-kanak pun suka sebab rasanya memang sedap. Walaupun nampak ringkas dan mudah, kalau salah cara memang tak menjadi. Nak cuba buat Agar-Agar Santan Pandan ni untuk hidangan keluarga? Resipi perkongsian saudari Alza Rysya Lee ni boleh anda cuba.

 

RESIPI AGAR-AGAR SANTAN / AGAR-AGAR LUMUT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket agar-agar tali (20gm atau 25gm)
  • 5 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan pati pandan ( lihat cara perah pati pandan di bawah)
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 biji telur

CARA MEMASAK:

1. Kisar 7-8 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil 1 cawan pati sahaja. Ketepikan.

IKLAN

Resipi Agar-Agar Santan Pandan Paling Mudah.

Resipi Agar-Agar Santan Pandan Paling Mudah.

2. Ambil loyang bersesuaian dan sejukkan dalam peti beku selama 10 minit.

3. Satukan santan, garam dan telur dalam bekas. Kocak / pukul perlahan ( jangan kisar guna blender). Ketepikan.

IKLAN

4. Dalam bekas berasingan, masak agar-agar, air pandan dan air hingga larut. Kemudian masukkan gula dan sedikit pewarna hijau.

5. Bila mendidih, masukkan bancuhan santan tadi. Kacau hingga betul-betul mendidih ( seakan hampir meruwap). Padamkan api.

6. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan di bawah kipas.

IKLAN

7. Bila bahagian atas agar-agar agak beku, masukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah. Biar agar-agar mengeras sepenuhnya.

8. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Agar-Agar Santan Pandan Paling Mudah.

Resipi Agar-Agar Santan Pandan Paling Mudah.

Kredit resipi & foto: Alza Rysya Lee

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI