Siapa saja yang tidak suka dengan lempeng. Makan panas-panas dicicah pula dengan sambal atau makan begitu saja pun sedap. Adunan lempeng yang sempurna akan menghasilkan lempeng yang gebu. Kalau ada yang rasa nak makan untuk sarapan boleh cuba ikut resipi Kaseh Sery ni. Resepi ini turun temurun dari ibunya.
Lempeng
Bahan-bahan:
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air
(adunan tak cair sangat, tak pekat sangat)
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Kacau sebati semua bahan dan biarkan adunan lebih kurang 1 jam.
2.Kemudian, masaklah macam masak lempeng biasa.
Kredit: Kaseh Sery
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Resipi Mudah Ala Chawanmushi @ Telur Kukus, Hanya Guna 3 Bahan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Sarapan Ringkas Berasaskan Roti, Ringkas & Sedap.
Ada roti lebih, jangan buang ye. Tukarnya menjadi menu lebih sedap dan senang sangat nak membuatnya. Daripada membazir ini tiga menu yang boleh dicuba dan dijadikan menu sarapan atau boleh dijadikan bekal anak-anak ke sekolah. Yang pasti korang tak membazir dan sarapan pagi menjadi lebih bervariasi.
.
BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
- 6 keping roti putih | potong dadu
- 2 batang sosej | dadu halus
- 1 biji telur | kacau
- 2 biji cili merah | cincang halus
- 1 pokok daun bawang | hiris halus
- 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh perasa ayam
- 1 sudu teh garam halus
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk.
2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti.
3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata.
4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut.
5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan.
6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan.
7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey.
8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
LASAGNA ROTI DAGING BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 6 keping roti putih | lenyek
- 1 mangkuk parautan keju cheddar
- 200gm daging kisar | hancurkan
- 5 biji telur | pecahkan dan tambah 1/2 cawan susu cair
- 6 biji cendawan shitake | dadu halus
- 1/2 tin sos Bolognese
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 biji bawang Holland | 1/2 didadu halus, 1/2lagi dihiris
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit hirisan cili benggala merah dan kuning
- Sedikit serbuk oregano
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Sedikit garam halus dan gula
- 3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1. Lenserkan loyang 6X6 inici dengan mentega kemudian alas dengan aluminium foil. Kemudian lenserkan aluminium foil dengan mentega.
2. Bagi menyediakan inti, Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi ,
3. Masukkan pes cili, tumis seketika masukkan pula daging kisar.
4. Setelah daging kisar berubah warna masukkan pula hirisan cendawan.
5. Kacau seketika, masukkan sos balognese.
6. Perasakan dengan garam, gula, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Kacau rata hingga tumisan kering.
7. Tutup api dan sejukkannya.
8. Sementara menunggu untuk proses melapis, panaskan ketuhar pada suhu 180C atay bergantung kepada ketuhar masing-masing.
9. Untuk melapis roti, kacau campuran telur dengan susu cair dan perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
10. Susun daasar loyang dengan empat keping roti, kemudian tuangkan bancuhan telur.
11. Biarkan seketika, kemudian taburkan sepatuh tumisan daging dan taburkan separuh dari parutan keju cheddar.
12. Kemudian lapisankan satu lagi lapisan roti, tuangkan separuh lagi campuran telur dan susu, kemudian biarkan seketika dan lapiskan dengan separuh lagi tumisan daging dan keju.
13. Untuk lebih berperisa, taburkan juga di atasnya hirisan cili benggala, tomato ceri dan bawang.
14. Setelah siap, bolehlah bakar selama lebih kurang 45 minit.
15 . Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
KARIPAP ROTI
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket roti putih
- 1 sudu tepung | campur dengan sedikit air
- Minyak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN UNTUK INTI KENTANG
- 3-4 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil
- 100gm daging kisar
- 1 biji bawang Holland | potong dadu kecil
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1/2 sudu makan serbuk cili
- Garam dan gula secukup rasa.
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Untuk inti: Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang Holland, bawang bawah putih dan daun kari hingga kekuningan dan wangi.
3. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau rata hingga timbul minyak, masukkan daging kisar.
5. Setelah daging kisar bertukar warna, masukkan kentang.
6. Kacau rata dan tambahkan sedikit air untuk mengempukkan kentang.
7. Sentiasa kacau hingga air kering dan kentang empuk.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sejukkan.
10. Untuk kulit karipap: Buang bahagian tepi karipap, kemudian gelek roti menjadi nipis.
11. Beruskan campuran tepung dengan air tadi sebagai gam di keliling bahagian tepi roti.
12. Letakkan inti di atas roti dan lipat menjadi bentuk tiga segi.
13. Tekan dengan garpu bahagian tepi (untuk lebih mudah gunakan acuan karipap).
14. Setelah siap karipap sedia digoreng.
15. Panaskan minyak, goreng karipap menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan.
16. Karipap sedia dihidangkan.
Karipap Cheese, Karipap Fusion Yang Sedap
Selalu kita makan karipap berintikan kentang, sayur atau sardin. Ada juga yang buat karipap inti ayam atau daging. Karipap adalah kuih yang sedap dimakan ketika sarapan atau minum petang. Karipap yang sedap bukan saja sedap pada intinya tapi juga dohnya. Lagi-lagi kalau karipap fusion yang diletakkan keju di dalamnya. RASA kongsikan resipi karipada daripada seorang rakan facebook Olie Norliy. Istimewanya karipap ini sebab tetap sedap walaupun sudah disejukbekukan.
KARIPAP CHEESE
.
BAHAN-BAHAN (UNTUK 10 KETUL KARIPAP)
BAHAN INTI
Minyak masak
3 biji kentang (potong dadu)
5 ulas bawang putih (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
Daging kisar secukupnya
1 peket keju
1 sudu kecil oregano
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
CARA MASAK INTI
1. Goreng kentang sampai masak. Ketepikan.
2. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau. Masukkan tomato. Tumis lagi.
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga betul-betul masak.
4. Masukkan keju, oregano, sos tomato dan garam. Kacau lagi.
5. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
BAHAN DOH
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin atau mentega
1 kg tepung gandum
200 ml air sejuk
1 sudu kecil garam
.
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin atau mentega ke dalam kuali sehingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas. Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung dan gaul.
3. Setelah adunan rata, masukkan air sejuk yang sudah dibancuh dengan garam. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga dok tidak melekat di tangan dan bekas.
4. Biarkan setengah jam baru boleh mula buat karipap.
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sedikit doh dan buat bentul bulat. Leperkan.
2. Letakkan sesudu besar inti.
3. Kelimkan tepi karipap.
4. Panaskan minyak masak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang.
.
Resipi Oleh Olie Norliy dari Aroma Puff
Cara Buat Tepung Boko Ubi Kayu Yang Asli, Sukat Guna Cawan Je
Sekarang ni kuih tepung boko ubi kayu tengah viral kan. Sana sini orang mula buat dan jual untuk dapatkan pendapatan sampingan.
Kalau nak rasa tepung boko ubi kayi yang asli, ini resipinya. Cubalah. Orang kata, resipi tradisi ni biar berpanjangan. Kan?
TEPUNG BOKO UBI KAYU
Bahan-bahan
3 cawan air
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
3 cawan ubi kayu (diparut)
Cara membuat
1. Isikan air dalam periuk. Masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Campur dengan 3 cawan ubi kayu parut. Gaul rata. Kukus 30 minit.
Bahan Lapisan Atas
1 cawan santan pekat boleh guna santan kara.
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
Cara membuat lapisan atas
1. Satukan semua bahan. Gaul sebati dan masak atas api kejap sahaja sambil kacau. Api kecil.
2. Bila dah pekat sikit tutup api. Kacau sebati dan tuang atas ubi yang dikukus tadi. Siap.
Resipi oleh Amylia Haidir di Telegram KakiMakan