Resepi tauhu berlauk ini memang sedap sungguh jika dibuat makan santai petang-petang untuk seisi keluarga. Jom kita cuba resipi daripada Bonda Kynn ini, tak susah pun cara nak buatnya.

RESIPI TAUHU BERLAUK

Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Jadi!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketul isi ayam
  • 3 keping tauhu petak
  • 4 ketul tauhu telur
  • 3 biji telur
  • Bawang holland
  • Carrot
  • Daun sup

Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Jadi!

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar tauhu petak, isi ayam, tauhu telur dan telur hingga sebati. Kisar sehingga hancur dan halus ya.

Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Jadi!

 

2. Masukkan ke dalam bekas. Campurkan sekali lobak merah, bawang holland dan daun sup yang dicincang halus.

IKLAN

3. Kemudian, masukkan garam, ajinomoto, serbuk lada hitam dan seketul kiub ayam. Kalau ada lada sulah, boleh juga masukkan.

Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Jadi!

 

4. Gaul sebati.

Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Jadi!

 

5. Masukkan ke dalam acuan dan kukus. Kukus dalam 15 minit. Jika isi terkeluar dari acuan, itu bermakna dah masak.

IKLAN

Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Jadi!

 

6. Ini rupanya bila dah siap kukus.

Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Jadi!

 

7. Pecahkan telur, ambil tauhu yang dah siap dikukus tadi, celup dalam telur dan goreng sehingga kekuningan.

Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Jadi!

IKLAN

 

8. Angkat dan toskan.

Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Jadi!

 

9. Siap! Lebih sedap dimakan bersama sambal kicap. Sambal kicap anda boleh kisar kicap, gula, bawang putih dan lada mengikut tahap kepedasan anda.

Resepi Tauhu Berlauk Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Jadi!

Jika anda memerlukan AIR FRYER baru yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: CEK KYNN VIA ILHAM RESIPI

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI