Semperit merupakan salah satu biskut raya kegemaran ramai. Memandangkan Ramadan bakal menjelang seterusnya Aidilfitri, pasti sudah ramai yang tercari-cari resipi biskut yang mudah dan sedap untuk disediakan menjelang Syawal nanti. Salah satu resipi mudah adalah resipi Biskut Semperit Coklat perkongsian saudari Noor Suhaida ini. Pasti digemari ramai dan bagi peminat coklat, ia tentunya resipi yang tidak harus anda abaikan. Kata empunya resipi, biskut ni rasanya seakan Chipsmore. Malah beliau juga bermurah hati berkongsi tip untuk jadikan bunga biskut yang tidak mendap, kekal terletak dan cantik selepas dibakar. Wow…Pasti enak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MEMBUAT BISKUT SEMPERIT COKLAT MUDAH & RANGUP

Resepi Semperit Coklat Mudah & Tip Bunga Biskut Tetap Cantik Lepas Dibakar

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega beli online disini
1 cawan gula aising beli online disini
1 biji kuning telur
1 sudu makan creamy vanila beli online disini
1 sudu makan coklat emulco beli online disini
1/2 cawan serbuk coklat beli online disini
1 cawan tepung kastard beli online disini
1 cawan tepung jagung beli online disini
1 cawan tepung gandum beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Ayak gula aising.
2. Satukan gula aising dan mentega. Kacau menggunakan senduk sampai sebati.
3. Masukkan kuning telur dan creamy vanilla. Kacau sebati.
4. Seterusnya masukkan serbuk coklat, tepung jagung dan tepung kastard. Kacau sekadar sebati sahaja.
5. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang dikehendaki. Doh semperit tidak boleh keras sangat, tidak boleh lembik sangat.
6. Tekan doh menggunakan acuan semperit (acuan pecah 10) pada loyang yang telah dioles. Bakar pada suhu 150C selama 25 minit.

Resepi Semperit Coklat Mudah & Tip Bunga Biskut Tetap Cantik Lepas Dibakar

IKLAN

 

 

TIP BUAT BISKUT SEMPERIT YANG ELOK & CANTIK

  • Untuk elakkan bunga biskut ‘tidur’ atau berubah bentuk selepas dibakar, jangan sesekali pukul mentega dan gula sampai kembang macam nak buat kek. Kena kacau manja sekadar sebati sahaja.
  • Selepas doh semperit ditekan pada loyang, biarkan selama 15 minit sebelum di bakar. InsyaAllah bunga tak jatuh lepas dibakar.

Resepi Semperit Coklat Mudah & Tip Bunga Biskut Tetap Cantik Lepas Dibakar

IKLAN

Kredit resipi & foto: Noor Suhaida

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Simpan Resipi Mudah Buat Tart Coklat Cadbury Ini, Memang Sedap!

IKLAN

Resipi Terlajak Mudah, Cookies Coklat Tiktok Ni Paling Best Cicah Susu

Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

Resipi Biskut Telur Rebus Paling Sedap & Mudah Buat Untuk Raya

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=z-Xw5O3DPUA

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI