Sedapnya Kuey Teow Sup Chinese Style ni. Nak masak pun sangat mudah. Dalam masa 30 minit dah boleh siap masak. Tak ada kuey teow dekat rumah? Jangan susah hati. Boleh sahaja gantikan dengan bihun, suhun, mi kuning atau mi kering. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Nurul Afidah Catalyst ini sesuai dijadikan sajian keluarga pada bila-bila masa. Pasti kena dengan selera. Jadi selamat mencuba!

 

CARA MASAK KUEY TEOW SUP CHINESE STYLE YANG SEDAP

Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style. Sedap & Masak Pun Mudah

BAHAN SUP:
Ayam bahagian dada
1 inci halia – potong nipis
Bebola ikan secukupnya
1/2 kiub pati ayam beli online disini
1/2 kiub pati bilis beli online disini
2 sudu makan minyak zaitun – boleh abaikan jika tiada
Garam & air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN:
Kuetiau – basuh bawah air mengalir @ bihun dicelur
Sayur Pak Choy – belah 4 bahagian (cuci bersih dan celur dalam sup sekejap)
Daun sup & daun bawang secukupnya – potong kecil
2-3 keping kek ikan (fish cake) – goreng & potong nipis
Isi ayam yang dicarik
Minyak bawang putih (tumbuk halus bawang putih & goreng api perlahan) – resipi MINYAK BAWANG PUTIH 
Cili potong + kicap (nak lagi sedap cili tu potong dan goreng sekejap baru masukkan kicap masin & manis)

IKLAN

CARA MEMASAK:
1.Masak ayam bersama halia dan air. Paras air menutupi ayam dan masak sehingga air mendidih dan ayam separuh masak.
2.Masukkan kiub pati ayam, kiub pati bilis, minyak zaitun dan bebola ikan.
3. Tambah air dengan secukupnya dan perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
4. Teruskan masak sehingga air mendidih dan ayam betul-betul masak.
5. Semasa kuah sup mendidih, celup sayur Pak Choy dan celur sekejap. Angkat dan toskan.
6. Bila sudah siap mencelur sayur, keluarkan isi ayam dan toskan. Kemudian carik hingga halus.
7. Isi kuetiau di dalam mangkuk, tambahkan bahan-bahan lain dan tuang kuah sup. Sedia untuk dinikmati.

Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style. Sedap & Masak Pun Mudah

Kredit resipi & foto: Nurul Afidah Catalyst

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sos Perapan BBQ Untuk Buat Kambing Perap Yang Sangat Sedap

Buat Sendiri Pani Puri Sedap & Paling ‘Simple’ Guna Resipi Mudah Ni

IKLAN

Goreng Dulu Baru Tumbuk – Rahsia Inti Tauhu Bergedil Jadi Lebih Sedap

Tambah Tepung Jagung. Ini Rahsia Buat Dadih Sedap Tanpa Guna Serbuk Segera

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=2X3xRDein78

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI