Rindu nak ke Korea untuk street food ke? Gatal dah kaki nak melancong ke Korea tapi Covid pula. Alang-alang terperap di rumah tu apa kata cuba resepi Korean Egg Bread atau dalam Korea di panggil sebagai (Gyeran-ppang). Caranya sangat mudah dan pantas apatah lagi bila kita guna air fryer je memang sekelip mata jelah masak. Bila dah ada banyak masa di rumah, inilah masanya kita mencuba pelbagai resepi menggunakan peralatan dapur yang sedia ada di rumah. Kalau menjadi resepi ni, bolehlah cuba jual dengan orang terdekat! Dapatlah side income sikit betul tak? Jom kita cuba!

 

KOREAN EGG BREAD

Resipi Air Fryer: Korean Egg Bread Street Food Korea Yang Gebu & Enak

BAHAN-BAHAN:
80g susu segar
40g gula kastor
1 sudu kecil garam halus
1 biji telur
20g mentega yang telah dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla
90g tepung naik sendiri (blue key)
1 sudu kecil baking powder
Mozarella & cheddar cheese
Parsley leave

Resipi Air Fryer: Korean Egg Bread Street Food Korea Yang Gebu & Enak

CARA MEMASAK:
1. Masukkan susu segar, gula, garam, telur, butter dan esen vanilla. Kacau sebati. (Adunan A)
2. Masukkan tepung dan baking powder yang sudah diayak. Kacau sebati. (Adunan B)
3. Campurkan adunan A & B. Gaul hingga sebati (Adunan C)
4. Sapu acuan dengan butter, masukkan adunan C dlm acuan. Taburkan cheese mozarella dan cheddar, letak banyak lg sedap
Letakkan kembali sedikit adunan tadi di atasnya. Dan ratakan.
5. Pecah 1 biji telur di atasnya. 1 biji setiap satu acuan. Pecahkan telur kuning menggunakan garfu.

IKLAN

Resipi Air Fryer: Korean Egg Bread Street Food Korea Yang Gebu & Enak
7. Akhir sekali letakkan sedikit parsley leaves

Resipi Air Fryer: Korean Egg Bread Street Food Korea Yang Gebu & Enak
7. Bakar dalam Air fryer pada suhu 160C selama 20 minit.
8. Siap boleh la makan

 

SELAMAT MENCUBA!

IKLAN

Kredit foto & resepi: Raden Eryanie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Masak Kuah Ikan Percik Yang Sangat Sedap Guna Resipi Tradisi

IKLAN

Kuih Telur Kubis. Resipi Tradisi Orang Terengganu Yang Sangat Sedap

Masak Sendiri Takoyaki Homemade Sedap Macam Dekat Gerai Guna Resipi Mudah Ni

Guna Acuan Karipap. Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut & Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI