Pernah dengar dan makan kuih alwa? Rupanya comel-comel je dan rasa lemak manis.
Kalau nak jadikan kuih alwa ni untuk goodies majlis pun sangat sesuai. Resipi yang dikongsi Farida Eida ni, senang je nak buatnya tapi kena cepat-cepat tau sebab bila dah sejuk, susah untuk buat bentuk.
3. Nak warnakan adunan, kena buat masa masak. Jangan bagi adunan sejuk sebab nanti susah nak tekan. Angkat bagi siap-siap, masuk dalam piping beg dan cepat-cepat tekan.
Hidangan rendang ni tak semestinya boleh hidang masa raya sahaja. Di hari-hari biasa pun boleh masak lauk rendang untuk dijadikan lauk makan tengah hari. Teringin nak merendang? Ini 6 resipi yang boleh dicuba hari ini.
1. RENDANG DENDENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging pejal | dipotong agak besar
500gm bawang besar | dikisar
3-4 senduk cili kisar
1 keping asam gelugur
3 batang serai dititik
5cm halia | dititik
1 cawan kicap manis
750ml air rebusan daging
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk mengoreng daging dan menumis
CARA MEMASAK:
Rebus daging di dalam periuk sampai empuk dan simpan air rebusan daging. Tos dan sejukkan.
Hiris daging lawan urat (lebih kurang saiz 1”x1.5”). Tumbuk sekeping-sekeping daging yang telah dihiris dan perap daging yang ditumbuk dengan kicap selama 1 jam.
Goreng daging dengan api sederhana dan toskan minyaknya.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang dan cili kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan serai, halia, asam gelugor dan air rebusan daging.
Masukkan daging. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Guna daging batang pinang untuk mendapatkan daging yang mudah empuk
2. RENDANG AYAM PENCEN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
2 cawan pati santan
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit | dimayang halus
3 sudu makan kerisik
1 liter air
3 senduk cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
1cm lengkuas
1cm kunyit hidup
4 batang serai | dihiris halus
BAHAN-BAHAN TUMIS:
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum.
Tambah bahan kisar halus dan cili kisar. Tumis sehingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api yang kecil dan kacau selalu.
Masukkan ayam, gaul rata dan masukkan air. Masak lama sehingga ayam menjadi empuk.
Tuang santan dan kerisik kelapa. Biar mendidih secara perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah menjadi pekat, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dimayang halus. Kacau dan rasa. Pastikan rasa garam dan gula seimbang.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Ayam pencen perlu direbus sehingga empuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan santan dan bahan-bahan rencah yang lain.
3. RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN:
600gm udang harimau
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2 senduk cili kisar
2 sudu makan gula melaka
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
1 cawan pati santan
2 sudu makan kerisik
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
2 batang serai | dihiris
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tambah bahan kisar halus dan cili kisar. Tumis hingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
Masukkan santan, kerisik, garam dan gula Melaka. Gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugur. Gaul rata dan masak hingga kuah menjadi pekat.
Cuba dan pastikan rasa garam, gula dan masam seimbang. Tambah sedikit garam atau gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Masak seketika.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Boleh juga menggunakan udang galah.
4. RENDANG KERANG
BAHAN-BAHAN:
400gm isi kerang
1 keping asam gelugur
1 cawan pati santan
2 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit |sehelai disiat, dua helai dimayang halus
2 sudu makan penuh rempah kari ikan
2 senduk cili kisar
2 sudu makan penuh gula melaka
1 1/2 sudu makan kerisik
4 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
7 ulas bawang merah
2cm halia
1cm lengkuas
3 biji buah keras | dihiris
3 batang serai | dihiris
10 biji cili padi siam | boleh kurang atau tambah jumlahnya
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Bancuh rempah kari ikan bersama-sama bahan kisar halus. Kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum dan keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
Tambah pes rempah dan kacau rata. Masak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan isi kerang dan gaul rata. Tambah pati santan dan kerisik. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Gaul semua hingga rata, masak sekejap.
Masukkan gula Melaka dan asam gelugur dan perasakan dengan sedikit garam. Kacau dan masak hingga rendang kering. Rasa dan pastikan rasa garam, gula dan masam seimbang.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Isi kerang perlu dibersihkan dan dittos hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.
5. RENDANG PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk ubi | dibersihkan
1/2 kg santan pekat
3 keping asam gelugur
5 batang serai | dititik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
100gm ikan bilis
2cm kunyit hidup
10 ulas bawang merah
10 biji cili api
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar halus, santan, serai, asam keping, garam dan gula secukupnya.
Masak sehingga santan agak kering dan mengeluarkan minyak barulah dimasukkan pucuk ubi kayu tadi.
Kacau sehingga kering dan pucuk ubi menjadi gelap dan garing.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Guna puck ubi yang muda untuk hasil yang enak
6. RENDANG JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang bersaiz besar | dihiris kasar
2 cawan santan pekat
3 batang serai | dititik
2 sudu makan kerisik
1sudu makan air asam jawa pekat
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
15 tangkai cili kering
5 biji cili padi
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
Segenggam udang kering
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan santan ke dalam kuali dan masak sehingga santan pecah minyak dengan menggunakan api sederhana.
Kemdian masukkan jantung pisang, air asam jawa, serbuk lada hitam dan kerisik.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga sebati dan kering.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Jantung pisang perlu dihiris kasar bagi mengelakkan ia menjadi terlalu hancur ketika dimasak rendang.
Dulu tak pernah ambil tahu pasal sos Thai buat sendiri, selalunya kalau nak makan beli sahaja di kedai. Tapi sekarang tak perlu lagi ke kedai, hanya dengan bahan yang senang didapati ni kamu boleh sediakan sendiri sos ala Thai macam dekat kedai. Tahan berbulan2-bulan jika letak dalam peti. Tak payah runsing dan pening-pening nak buat, sesuai dimakan bersama keropok, makanan yang celup tepung, makanan yang bakar-bakar, seperti kerang rebus, ikan bakar dan sebagainya. Wajib buat ni.
RESIPI COLEK ALA THAI
BAHAN 1 ( BLEND HALUS):
Cili Padi 10 Biji ( Nak Pedas Boleh Lebihkan Lagi )
Cili Masak 10 Biji @ Cili Besar Merah ( Potong Kecil2 )
½ Labu Bawang Putih
1 Cawan Cuka
2 Cawan Gula
1 Sudu Teh Garam
BAHAN 2 ( BAHAN UTK MASAK HINGGA JERNIH):
1 Cawan Cuka
½ Cawan Gula
Masak Bahan 2 Hingga Jernih Lepastu Masukkan BAHAN2 YANG DIBLEND TADI.. Masak Sehingga Warna Merah Jernih.
#COLEK NI KALAU NAK LETAK DAUN KETUMBAR PON BOLEH LAGI SEDAP. #DALAM RESEPI NI SY DAH SUKAT UNTUK AWK2 BUAT KAT RUMAH.. DALAM GAMBAR TUU BANYAK SEBAB SY BUAT UNTK JUALAN SY.
Nota: Lagi Lama Simpan Lagi Sedap Sebab Sebati Dah Rasa Bwg2 Semua Tuu..
Bila tiba raya, hidangan lemang dan ketupat palas semestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau. Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari D’Iris Marissa Maria ni boleh dicuba. Sangat sedap dimakan dengan rendang ataupun nisan cair ( manisan cair).
RESIPI KETUPAT LEMAK / TAWAR
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut
1/2kg santan pekat
1 cawan air
1 sudu makan garam kasar
2 sudu makan gula
Daun palas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dibersihkan dan rendam selama 12 jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Campurkan santan bersama air. Kemudian masak santan tersebut bersama gula dan garam hingga mendidih.
3. Masukkan pulut yang baru siap dikukus ( panas-panas) ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan santan. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika.
4. Bila pulut telah sejuk, bolehlah dibalut dan dibungkus menggunakan daun palas. Lakukan hingga habis.
5. Setelah siap, ketupat boleh dikukus atau direbus seketika supaya rasanya lebih sedap dan tahan lama.
INFO RASA: Setelah siap dibungkus, ketupat palas juga boleh digoreng. Ikut citarasa masing-masing.