Kebiasaannya bila kita buat brownies, kita akan buat dalam saiz yang besar kemudian potong kepada bentuk yang kecil-kecil.

Apa kata kali ini, kita buat red velvet cheese brownies dalam bentuk dan saiz yang senang untuk terus dimakan.

Resipi yang dikongsi Norazieanti Ghazali ini, boleh dibuat sebagai menu hidangan minum petang bersama keluarga.

 

RED VELVET CHEESE BROWNIES

Rasa Ketagih Makan, Red Velvet Cheese Brownies Ini Memang Sedap!

BAHAN BROWNIES:

120g dark Choc Compound (beryls)
170g salted butter
350g gula castor
4 biji telur A
1 sudu kecil cuka makan – beli online di sini
2 sudu besar pewarna merah (bright red)
1 sudu kecil esen vanila
190g tepung gandum – beli online di sini
1 ½ sudu kecil baking powder

CARA-CARA:

IKLAN

1. Cairkan choc dan butter (guna kaedah double boil). Ayak tepung gandum dan baking powder.
2. Campurkan gula, telur, esen vanila, pewarna merah, cuka. Kacau sebati dan masukkan coklat yang dah dicairkan tadi. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Kacau sebati. Asingkan 1 sudu besar untuk melorek atas brownies.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Guna loyang 9×9 inci. Alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk keluarkan lepas brownies masak.
5. Tuang adunan brownies dan bancuh adunan cheese.

Rasa Ketagih Makan, Red Velvet Cheese Brownies Ini Memang Sedap!

BAHAN CHEESE (DOUBLEKAN UNTUK BUAT CUPCAKE)

250g cream cheese
50g gula castor- beli online di sini
2@3 sudu besar air perahan lemon
1 biji telur A

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Campur cheese, gula, air perahan lemon. Putar sehingga lembut dan tidak berketul.
2. Masukkan telur putar sebati. Tuang atas adunan brownies sikit-sikit menggunakan senduk/sudu.
3. Akhir sekali, adunan brownies 1 sudu besar yang diasingkan tadi lorek menggunakan lidi/chopstick.
4. Bakar di rak tengah suhu 160@170 selama 40-45min. (Kenali ketuhar sendiri)

*Untuk ukuran cupcake saiz S. 1 sudu besar adunan brownies, ½ sudu besar adunan cheese. Bakar 20-30 minit.

Kredit resipi: Norazieanti Ghazali

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Creampuff Creamy Custard, Rasanya Seperti Aiskrim Vanilla

Jumpa Resipi Kek Batik Coklat Cheese Sedap, Terus Tak Pandang Yang Lain 

Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari. Sedap Rupanya Buat Macam Ni

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI