Biskut Lidah Kucing pernah viral satu ketika dahulu. Boleh dikatakan setiap rumah akan menyediakan Biskut Lidah Kucing. Keunikan Biskut Lidah Kucing ialah pada kerangupan dan kerapuhannya. Sesuai sangat dihidangkan kepada saudara-mara dan tetamu pada bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi. Berikut merupakan resipi penyediaan Biskut Lidah Kucing seperti yang dikongsikan oleh Ziela Abdullah
RESIPI BISKUT LIDAH KUCING
BAHAN-BAHAN:
250 gram mentega – BELI ONLINE
200 gram tepung gandum – BELI ONLINE
50 gram tepung jagung – BELI ONLINE
160 gram gula kastor – BELI ONLINE
3 biji putih telur
*1/4 sudu emplex
Esen vanilla – BELI ONLINE
Pewarna makanan (ikut suka)
NOTA: Emplex adalah sejenis pengemulsi dalam bentuk serbuk berwarna putih yang digunakan sebagai bahan untuk merangupkan biskut.
CARA MEMBUAT:
1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex.
2. Pada bekas lain, pukul mentega dan gula sehingga kembang kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul.
4. Bahagikan adunan mengikut jumlah warna yang anda inginkan dan gaul setiap adunan dengan pewarna.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan picitkan ke pada loyang.
6. Bakar pada suhu 150″C selama 20 minit. Siap. Bolehlah disusun di dalam bekas kedap udara.
Sumber kredit: Ziela Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Tanpa Gandum Orange Zest Premium, Khusus Untuk Individu Alah Dengan Gluten
Ada individu gemar makan kek, namun tidak dapat menikmatinya kerana alah dengan gluten. Apa itu gluten? Gluten adalah sejenis protein lekit yang terdapat dalam tepung gandum.
Justeru, bagaimana individu yang ada alahan sebegini hendak menikmati kek?
Melalui seorang pejuang Thalassemia, Nurul Nadia, telah berkongsi resipi Kek Orange Zest Premium. Menariknya, kek ini sesuai dinikmati oleh individu yang alah dengan gluten termasuk mereka yang ingin menjaga kesihatan.
“Sebenarnya yang mula buat gluten free ni, suami saya. Dia memang amalkan pantang pelbagai makanan sebab dia ada masalah GERD. Orang yang ada GERD ni automatik ada anxiety dan gandum boleh triggered badan dia jadi tak sihat,” kata Nurul Nadia.
Akhirnya, Nadia juga turut amalkan gluten free apabila anak sulung mereka pun ada anemia teruk dan ada masa tantrum luar kawal. Anak kedua pula ada masalah sembelit sejak kecil. Kedua-duanya memang gemar makan roti dan selepas ditukar kepada roti tanpa gluten, memang nampak banyak perubahan pada kesihatan.
“Sebelum ini saya makan gandum kerana kesan tak seteruk suami. Suami saya kalau makan gandum akan jadi mata kabur, badan terasa melayang dan letih. Tapi sekarang saya dapat rasa susah nak kawal emosi contohnya marah anak sebab mereka bising. Namun apabila saya elakkan gandum, saya dapat rasa emosi cepat marah itu lebih terkawal,” kata Nurul Nadia lagi.
Jom kita lihat resipinya.
KEK TANPA GANDUM ORANGE ZET PREMIUM
BAHAN-BAHAN
1 biji buah oren (kulitnya disagat dan isinya dikisar)
226 gram mentega asli tanpa garam (unsalted pure butter)
226 gram gula tebu organik (boleh kurangkan jika tak suka manis)
283 gram tepung tanpa gluten (tepung beras dan kanji kentang dicampur)
5 sudu besar jus oren (pilihan kalau suka rasa masam)
3 biji telur ayam
3 sudu teh baking powder
¼ sudu teh baking soda
CARA MEMBUAT
1. Panaskan oven pada suhu 160°C
2. Kisarkan buah oren sampai halus.
3. Campurkan mentega dan gula di dalam mesin pengadun.
4. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda.
5. Masukkan buah oren yang dikisar, kulit yang disagat dan jus berserta tepung, telur ayam, baking powder dan baking soda ke dalam mesin pengadun. Gaulkan sehingga tidak berketul.
6. Bancuhan dimasukkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit dengan suhu 160°C (bergantung kepada jenis oven).
7. Apabila siap, sejukkan selama 10 minit sebelum keluarkan kek daripada loyang. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.
Apa Istimewanya Kek Ini?
1) Tanpa gandum. Sesuai untuk mereka yang alah dengan gluten.
2) Rasa buah oren sebenar.
3) Tanpa pewarna tiruan.
INFO MENGENAI GLUTEN
1) Gluten adalah sejenis protein yang ada dalam gandum. Apabila sebut gandum, bukan saja tepung tapi termasuk jugalah barli dan yang seangkatan dengannya.
2) Gluten free adalah istilah pola pemakanan bagi individu yang alah kepada gluten atau bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan badan bagi tempoh masa lebih lama.
3) Sesetengah individu tidak dapat mencerna gluten yang masuk dalam badan walaupun sedikit. Ada yang 10 tahun makan masih baik tapi tiba-tiba selepas tahun ke-11 terdapat alergi dan reaksi badan. Apabila gluten tidak dapat dicerna oleh perut, tubuh memberi respon antibodi bahawa ada ancaman pada tubuh (daripada gluten tadi) dan menyerang lapisan dinding usus sehingga mengakibatkan pembengkakan atau kata lain disebut sebagai radang.
KREDIT: Facebook Nurul Nadia dan facebook Dapur Ber5
Resipi Double Chocolate Chips Cookies Sedap & Mudah Dibuat
Sedapnya Double Chocolate Chips Cookies ni. Nampak sangat menyelerakan. Sekali suap, memang susah nak berhenti mengunyah. Menurut saudari Maznie Rosli resipi ini dicuba dari resipi Che Nom, dan mempunyai rasa yang sangat enak. Sesuai dinikmati sambil layan tv bersama anak-anak. Memang best. Sesuai sangatlah buat untuk si kecil anda. Jom cuba!
CARA MEMBUAT DOUBLE CHOCOLATE CHIPS COOKIES
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega unsalted (227gm)- biar pada suhu bilik – beli online disini
1/2 cawan gula kastor – beli online disini
3/4 cawan gula perang – beli online disini
2 biji telur
1 1/2 sudu kecil esen vanilla – beli online disini
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1/2 cawan serbuk koko – beli online disini
3/4 sudu kecil baking soda – beli online disini
1/4 sudu kecil garam
1 1/2 – 2 cawan coklat chip (semi sweet) – beli online disini
1/2 cawan badam cincang (almond nib) – bakar seketika – beli online disini
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 170°C.
2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking soda dan garam.
3. Dalam mangkuk berasingan, putar mentega bersama gula kastor dan gula perang sehingga putih.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang.
5. Dengan kelajuan perlahan, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sebati.
6. Masukkan pula coklat chip dan badam. Kacau sehingga adunan sekata dan rehatkan doh seketika.
7. Griskan dulang dan lapik dengan kertas baking. Ceduk dengan pencedok aiskrim atau sudukan adunan di atas dulang dengan jarak yang jauh kerana biskut akan mengembang apabila dibakar.
8. Bakar selama 15-20 minit.
Tips:
- Untuk mendapatkan biskut yang lebih tebal tapi rangup, masukkan doh yang sudah di scoop ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar. (beliau tidak letak kerana tiada masa menunggu)
- Resipi ini diolah sedikit dengan menggunakan gula perang dan gantikan chocolate chip dengan chunky milk chocolate coin.
Kredit resipi & foto: Maznie Rosli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Guna Santan Pekat, Padanlah Kek Chiffon Pandan Ni Cantik, Gebu & Berlemak.
Cantik dan sedap resipi kek olahan Fuza ni menarik perhatian semua penggemar kek chiffon dan pandan. Menariknya kek ini menggunakan santan yang menjadikan rasanya bertambah lemak dan padat seperti sedang menikmati kuih dan kek dalam masa yang sama. Jika kamu teringin untuk merasainya, inilah masanya untuk cuba dan tunjukkan skill memasak kek.
KEK CHIFFON PANDAN GEBU
Bahan A
- 7 biji telur kuning
- 120g santan pekat (Fuza guna santan perah kalau nak guna kotak pun boleh)
- 80g minyak (Fuza guna minyak jagung)
- 140g tepung MFM self-rising diayak (tepung khas untuk kek)
- Daun pandan (Fuza pakai 5-6 helai untuk daun besar/ 7-8 helai kalau daun kecil)
Bahan B
- 7 biji putih telur
- 120g gula castor (Fuza guna *ORCS blend dulu baru timbang)
- 1/2 tsp cream of tar tar
- 1/4 tsp garam
CARA MEMASAK:
Panas oven dalam 180c bergantung pada oven masing2. Fuza punya oven sederhana, tak besar tak kecil. Jadi, mana yang oven kecil suhu dalam 160-170c bergantung pada oven masing2. Kena faham ragam oven dulu ye.
- Blend santan dengan daun pandan dan perah untuk dapatkan pati santan dan pandan. Timbang biar cukup 120g. Kalau tak cukup tambahkan lagi santan bagi cukup 120g juga.
- Pukul telur kuning bagi kembang dalam seminit je lebih kurang (Fuza pukul guna garfu).
- Masukkan pati santan pandan, minyak dan tepung kek tu. Dan whisk sebati.
- Mangkuk lain, *pukul putih telur, masukkan garam dan cream of tar tar. Dan masukkan gula sikit-sikit sampai habis. Pukul sampai kembang, sampai dapat stiff peak.
- Mula2, ambil 1/3 telur putih yang sudah jadi meringue kacau lembut2 sahaja. Kemudian yang lebih, ambil sedikit2 guna teknik kaup balik ulang sehingga habis.
- Alaskan loyang 8×8 dengan baking sheet dan tuang adunan kemudian hentak sikit bagi pecah air bubble dalam adunan tu. Fuza guna dua loyang 6 inci, kiranya satu adunan tapi bahagi kepada dua loyang 6 inci.
- Bakar selama 50-60 minit ikut pada suhu oven masing2. Teknik bakar ni, menggunakan tekinik water bath. Maknanya, loyang kek tadi dimasukkan dalam lagi satu loyang yang diisikan air pans mendidih ye. Wajib, guna air pans mendidih ye.
- Bila kek dah sejuk, bahagikan kepada 3 bahagian sama rata.
PUDING PANDAN
Bahan A
- 680g jus pandan (blend daun pandan dengan 680g air. Saya guna pandan dalam 10 helai. Dah blend tapis, perah buang hampas. Timbang balik untuk dapatkan 680g. Kalau tak cukup tambahkan lagi air bagi cukup.
- 1 tsp white agar-agar powder
- 80g gula
- 50g unsalted butter
- 1/4 tsp salt
*Fuza pakai salted butter (Anchor). Mana yang pakai salted butter tak payah masukkan garam lagi ye.
Bahan B
- 240g santan (Fuza pakai santan perah, nak pakai santan kotak pun boleh)
- 70g gree hun kwee flour
- 2 tsp instant jelly
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua Bahan A dalam periuk dan panaskan atas api dapur sampai aga-agar larut. Pastikan larut, kalau tak nanti puding tak mengeras.
- Sambil tunggu agar-agar larut, dalam 1 mangkuk campurkan Bahan B.
- Bila Bahan A dah ready, masukkan bahan B dalam periuk dan kacau guna whisk or spatula. Ni ambil masa kejap je sebab adunan puding akan memekat cepat.
- Bila puding dah mula memekat, warna pun tak berubah boleh tutup api. Proses menyalut kek, perlu pantas untuk mengelakkan puding sejuk. Bila sejuk, puding akan mengeras dengan cepat.
Tip nak bagi chiffon cake gebu:
- Semua bahan kita guna mesti pada suhu bilik. Tak nak sejuk. Tak nak panas.
- Bila kek masak terus keluarkan dari oven dan keluarkan dari loyang. Biarkan kek menyejuk atas rack. Jangan biar kek menyejuk dalam loyang. Confirm kek jadi kecut.
- Oven jangn terlalu panas, untuk mengelakkan kek retak di atas.
Tip untuk dapatkan meringue telur putih yang cantik bertanduk:
- Pastikan telur segar.
- Pastikan, tak ada sikit pun telur kuning pada telur putih.
- Pukul putih telur dulu, sehingga timbul buih2 kecil. Kemudian baru masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga jadi bertanduk diingatkan jangan over beat.
- Bekas dan mixer kering dari sebarang air dan minyak. Air dan minyak boleh mencacatkan kejadian meringue.
Tip puding pandan:
- Untuk dapatkan, layer kek pula. Fuza guna juga loyang saiz 6 inci juga. Asingkan dulu 100g puding sebagai, persediaan untuk touch up mana yang lompong.
- Layer pertama puding, kemudian kek kemudian puding lakukan step ni sampai habis kek.
- Ulang sampai habis step layer kek, kemudian hentak untuk padatkan kek dan puding pandan tersebut.
Akhir sekali, sejukkan kek baru boleh keluarkan dari loyang. Wajib tunggu sejuk ye, kalau tak, tak dapat puding yang licin dan rata.
Selamat mencuba.
Kredit resipi: Zulfa Mahfudzah Mohammad Zaki