Anak-anak tak suka jika masak ayam bahagian isi? Usah bimbang keran anda boleh cuba Ranch Chicken Bites Crispy ni. Ia menggunakan isi dada ayam yang diolah menjadi sajian yang lebih enak. Memang terbaik!

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm isi dada ayam | potong dadu dan tos
  • 3 sudu makan sos ranch
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan parut keju
  • 4 biji tomato ceri
  • 1 biji telur
  • 2 cawan nestum
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1.  Untuk menyediakan ayam goreng. Gaulkan ayam bersama lada hitam dan sedikit garam halus. Ketepikan.
  2.  Sementara itu pecahkan telur dalam mangkuk,kacau rata.
  3.  Panaskan minyak dalam kuali .
  4.  Celupkan tempung dalam telur, kemudian gaulkan dalam nestum.
  5.  Goreng hingga kekuningan.
  6.  Langkah seterusnya panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  7.  Masukkan ayam goreng dalam dulang pembakar, kemudian taburkan di atasanya dengan parutan keju dan tomato.
  8.  Bakar dalam ketuhar lebih kurang 5 minit sebelum dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI