Ketika memasak, mungkin ada tip dan petua yang kita tidak tahu dan terlepas pandang. Jika tip ini kita amalkan, mungkin masakan kita akan rasa lebih sedap dan enak. Jom kita intai 10 rahsia dan tip dalam masakan yang dikongsi oleh Fatima Az Zahra.

 

1. Timun

Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas.

 

Rahsia & Tip Dalam Masakan Yang Mungkin Anda Tak Tahu

 

2. Garam

Jangan letak garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk. Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal dalam masakan.

 

3. Santan

Elak guna api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan. Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak. Gunakan api yang perlahan atau sederhana.

 

4. Gula Merah

Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas.

IKLAN

 

Rahsia & Tip Dalam Masakan Yang Mungkin Anda Tak Tahu

 

5. Buah Keras

Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan. Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika menjamah masakan anda. Sukatan paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohnya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.

 

6. Asam Gelugor

Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat.

 

7. Bawang Putih

IKLAN

Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi. Ini akan membuatkan beras tahan lebih lama dan beras atau nasi berbau wangi.

 

Rahsia & Tip Dalam Masakan Yang Mungkin Anda Tak Tahu

 

8. Tebu

Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan sup tulang diikuti dengan bahan rempah sup. Sup tulang akan lebih ‘kaw’ dan bertambah sedap.

 

9. Limau Kasturi

Rendam ikan dengan air asam jawa. Kemudian, potong limau kasturi dan gaul bersama ikan berserta air asam jawa. Biarkan seketika dan bau hanyir ikan akan hilang.

IKLAN

 

10. Air Kelapa

Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut dan biarkan seketika. Kemudian barulah diperah kelapa tersebut ke dalam masakan. Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya.

Rahsia & Tip Dalam Masakan Yang Mungkin Anda Tak Tahu

SUMBER: FATIMA AZ ZAHRA

Jika anda sedang mencari PERIUK NASI, boleh cari DISINI.

 

Artikel yang boleh dibaca:

Cara Mudah Buat Telur Dadar Yang Sedap, Nipis & Cantik

Nak Kentang Lebih Tahan Lama? Ini Petua Untuk Anda

https://www.rasa.my/teknik-asas-sukat-tepung-guna-cawan-supaya-adunan-kek-biskut-tak-lembik-tak-keras/

 

Anda juga boleh mencuba resipi ini di rumah:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI