Ramai suka Sotong Goreng Celup Tepung, tapi rata-rata menikmati keenakannya hanya makan di restoran atau gerai, kerana selalu gagal bila buat sendiri di rumah. Lepas ini anda jangan susah hati, berikut dikongsikan resipi dan cara untuk memastikan bila sotong digoreng tepungnya tidak lerai (tertanggal dari tepungnya). Kalau Ikut resipi yang betul gerenti jadi.

SOTONG GORENG CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm atau secukupnya sotong|
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
2 sudu makan tepung bistari
1 sudu teh serbuk lada hitam/ sulah
1 biji telur

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Bersihkan sotong, potong bulat, kemudian cuci dan toskannya. Ketepikan.
  2. Sementara itu, campurkan kesemua tepung bersama lada sulah/lada hitam dalam mangkuk. Gaul rata.
  3. Kemudian pecahkan telur dalam sotong, gaul rata.
  4. Kemudian angkat dan masukkan dalam bekas tepung, gaul rata.
  5. Sementara itu minyak telah dipanaskan dalam kuali (guna banyak minyak).
  6. Setelah minyak betul-betul panas, goreng sotong dengan api sederhana hingga warna perang keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Sotong Celup Tepung sedia dihidangkan panas-panas untuk mengekalkan kerangupannya.
  9. Hidang bersama sos cili.

Resipi asal: Nurul Faidha

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI