Mi Jawa antara menu mi yang digemari ramai. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi Mi Jawa Cara Che’ Nom. Bahan dan cara penyediaannya hampir sama dengan mi rebus, Cuma Mi Jawa lebih ringkas. Menariknya Che’ Nom gunakan keledek kuning sebagai bahan pemekat kuah, rasa manis dari isi keledek digabungkan dengan air rebusan daging memang menjadi rahsia kesedapan Mi Jawa ini sedap. Jadi anda wajib mencubanya.

MI JAWA
BAHAN-BAHAN:
2 paket mi kuning
Air rebusan daging secukupnya
3 biji keledek | rebus dan kisar halus
1 seduk cili kisar
3 sudu makan serbuk kari
1 kiub ayam atau daging
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai | hiris
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu makan udang kering
BAHAN TABUR (CONDIMENT):
Daging rebus | dihiris nipis secukupnya
Tauhu goreng | dihiris nipis
Telur rebus secukupnya | kupas dan belah dua
Tauge secukupnya | celur
Hirisan daun bawang & sup
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau nipis | hiris

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Celur mi kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak supaya mi tidak melekat bila sejuk nanti.
  2. Rebus daging sehingga empuk. Asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti dan daging dihiris nipis.
  3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing.
  4. Masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika takut hangus.
  5. Masukkan air rebusan daging, keledek dan kiub daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Kacau perlahan.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan sedikit mi ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan. Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang.

Kredit: Che’ Nom

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI