Maggi goreng merupakan antara menu kegemaran ramai kalau pergi ke kedai mamak. Kalau rindu nak makan maggi goreng mamak, tak perlu ke kedai dah. Boleh je buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Nana Sabrina Sarsan. Mudah sahaja cara nak membuatnya. Jom kita cuba lihat resipi perkongsian beliau.

MAGGI GORENG

Rahsia Masak Maggi Goreng Ala Kedai Mamak Yang Enak & Tidak Masin

BAHAN-BAHAN:

  • 3 bungkus maggi | rebus separuh dan toskan air
  • 1 biji bawang merah | saiz besar, potong kasar – beli online DISINI
  • Lobak merah | potong memanjang – beli online DISINI
  • Daun sup atau daun kucai
  • Cili
  • 3 sudu besar cili boh atau cili kisar
  • Garam – beli online DISINI
  • Gula – beli online DISINI
  • Kicap manis – beli online DISINI
  • Kicap masin
  • Udang atau sotong | jika suka
  • Minyak
  • Sebiji telur
  • Sepaket perencah maggi

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak, masukkan cili kisar, bawang merah dan lobak merah.
  2. Bila dah pecah minyak, masukkan kicap manis, kicap masin, garam, gula, perencah maggi serta udang atau sotong. Kacau dalam 3 minit.
  3. Kemudian, masukkan maggi dan kacau sebati. Kecilkan api.
  4. Pecahkan telur dan tunggu sehingga 3 minit, barulah kacau.
  5. Masukkan daun bawang dan cili. Siap!

 

IKLAN

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Spageti Bolognese Dah Masak, Bakarlah Pulak Memang Berganda Sedapnya

Fettucine Carbonara Mushroom Ringkas, Sosej dan Udang Digril Dulu. Mantaplah Rasanya

Kerabu Maggi, Sedap Untuk Minum Petang

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI