Puding atau agar-agar cendol, antara dessert popular yang disukai ramai kerana rasanya yang lemak manis dan bila dimakan sejuk, memang sedap yang amat. Kepada yang baru nak mencuba membuatnya ini dikongsikan resipi, anda bolehlah cuba, ia mudah dan gerenti jadi kalau ikut seperti resipi cara membuat yang disertakan.

PUDING CENDOL GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:-
BAHAN A:
3 bungkus agar-agar serbuk
500ml santan
1500ml air
5 sudu makan gula pasir | boleh tambah atau kurang
BAHAN B:
350gm gula Melaka | cincang halus
100ml air
BAHAN C:
900gm cendol

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Gula Melaka campur dengan air, renehkan hingga gula hancur dan tapiskannya.
  2. Dalam periuk, campurkan bahan A dan B. Masak dengan api sederhana hingga mereneh.
  3. Tutup api, ketepikan hingga wap panasnya hilang. Biarkan suam.
  4. Basahkan acuan dengan lalu masukkan cendol ke dalamnya.
  5. Tuangkan bahan puding yang suam tadi ke dalam acuan dan buarkan ia sejuk.
  6. Kemudian baru masukkan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.

Kredit: @fenita.d2

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI