Sedapnya Kek Span Pandan ni! Kek yang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya. Jika anda terasa nak makan kek, jom cuba resipi ni. Ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah disediakan. Malah teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan rasa kek ini sangat sedap. Sesuai dihasilkan untuk hidangan keluarga. Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Hidayah Fareez.

 

CARA BUAT KEK SPAN PANDAN LEMBUT GEBU

Rahsia Buat Kek Span Pandan Yang Lembut Gebu & Sedap

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur B – jika guna gred A, guna 4 biji
1 cawan tepung kek bluekey – ayak beli online disini
1 cawan gula – kisar halus gula terlebih dahulu kemudian baru disukat (empunya resipi kurangkan sedikit sukatan untuk kurangkan manis
1 sudu makan perisa pandan beli online disini
1 sudu teh pewarna hijau beli online disini
1 sudu makan ovalette beli online disini
1/2 cawan minyak – boleh juna minyak masak/jagung/sayur

Tonton video GERENTI JADI: Koleksi Resipi Berasaskan Daging

CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan diatas kecuali minyak masak. Pukul hingga gebu.
2. Bila adunan kelihatan kembang dan gebu, masukkan minyak. Kaup balik menggunakan spatula. Tidak perlu pukul lagi.
3. Ambil loyang dan alas dengan baking paper. Tuang adunan kek.
4. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit. Guna api atas bawah. Harus diingat, masa memasak mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.

IKLAN

Rahsia Buat Kek Span Pandan Yang Lembut Gebu & Sedap
5. Bila kek sudah masak keluarkan kek dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.

Rahsia Buat Kek Span Pandan Yang Lembut Gebu & Sedap

Rahsia Buat Kek Span Pandan Yang Lembut Gebu & Sedap

INFO:
Jika mahu buat kek setengah adunan, boleh kurangkan telur kepada 3 biji, 1/2 cawan tepung dan 1/2 cawan gula. Begitu juga dengan sukata ovalette dan minyak perlu dikurangkan. Waktu membakar boleh set kepada 30 minit sahaja atau sehingga masak.

IKLAN

Kredit resipi & foto: Hidayah Fareez

 

Dapatkan lebih banyak resipi KEK yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Boleh Kukus Atau Bakar. Resipi Kek Pisang Moist Ni Memang Mudah

IKLAN

Pandan Burnt Cheesecake Enak Dimakan Sejuk, Memang Tak Cukup Sepotong

Walaupun Nama Kek Ribut, Tapi Rasanya Sangat Sedap!

Muffin Koko Dengan Taburan Chocolate Chips Lebih Menambah Perisa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=alJQuOCKicA&t=8s

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI