Keenakan ayam panggang bergantung kepada bahan perapan, jika anda dan keluarga menggemari ayam panggang, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini, sangat mudah bahan perapannya juga simple. Tak rugi cuba, hasilnya gerenti sedap. Lepas ni anda dah tak perlu beli lagi. Kan jimat tu..
AYAM PANGGANG LADA HITAM
BAHAN A:
1/2 ekor ayam | cuci bersih & toskan
BAHAN B (KISAR):
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
BAHAN C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
1 sudu besar marjerin
BAHAN D;
Gula atau madu secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
- Masukkan bahan D. Boleh skip kalau tidak suka, saya letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je.
- Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap tadi.Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
- Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
Kredit: Dani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Bun Manis Homemade Yang Sangat Gebu & Sedap. Begini Cara Buatnya.
Wah…Nampak sedap je Roti Bun Manis ni. Selain cicah dengan teh atau kopi, makan macam tu je pun sudah membuka selera. Bagi sesetengah daripada kita yang mula bekerja dari rumah disebabkan PKPB, anak-anak pun tak ke sekolah, bolehlah cuba resipi perkongsian FB saudari Tempias Hawa ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CARA BUAT ROTI BUN MANIS @ ROTI SWEETBUN GEBU GEBAS
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan tepung gandum – beli online DISINI
- 2 sudu makan marjerin (boleh gantikan dengan minyak masak) – beli online DISINI
- 1 paket yis (mauripan) – beli online DISINI
- 1/2 cawan air suam
- 2 sudu makan susu pekat manis – beli online DISINI
- 1 sudu makan baking powder – beli online DISINI
- 1 biji telur
- 2 sudu makan gula – beli online DISINI
- 1 sudu teh garam – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Bancuh yis bersama air suam. Kacau dan biarkan hingga sedikit berbuih.
2. Dalam bekas berlainan, satukan semua bahan kecuali campuran yis. Gaul rata dan sebatikan.
3. Masukkan bancuhan yis dan uli sehingga doh tidak melekat di jari. Pastikan adunan tidak terlalu lembut.
4. Selepas diuli, perap doh selama 1 jam sehingga adunan menjadi kembang seperti dalam gambar di bawah.
5. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh bagi membuang angin.
6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan mengikut bentuk yang diingini. Susun dalam tray atau loyang bersesuaian.
7. Sapu kuning telur diatas doh yang telah dibulatkan tadi.
8. Rehatkan doh sebentar sementara menunggu ketuhar dipanaskan.
9. Bakar roti menggunakan suhu 180C selama 30 minit. Jika suka roti yang lebih keperangan, tambahkan masa membakar namun jangan samapi roti menjadi hangus pula.
10. Keluarkan roti yang siap dibakar dan sapu sedikit marjerin dipermukaannya. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk topping, terpulang untuk letak apa-apa bahan yang dirasa sesuai. Tak sapu kuning telur pun tidak mengapa.
Kredit resipi & foto: Tempias Hawa
Nak beli OVEN baru? PilihDISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Rangup Tanpa Guna Air Kapur
Resipi Tepung Bunga. Kuih Tradisional Sedap Hanya Guna 4 Bahan
Cara Masak Roti Pizza Tuna Guna Kuali. Sedap & Lembut Walau Dah Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Sendiri Rempah Istimewa Untuk Digaul Dalam 4 jenis Masakan, Memang Best!
Cara biasa sebelum menggoreng ikan, anda akan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng. Nak lagi sedap, gunakan rempah istimewa yang dikongsikan oleh Cik Puan Mai Mgnesium. Rempah yang terhasil ini boleh digaul dalam 4 jenis masakan anda. Resipi rempah ini diturunkan daripada ibu beliau. Jom cuba!
Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan Dengan Rempah Ini
- Ikan goreng
- Ubi kayu
- Tempe goreng
- Ayam goreng
5 Bahan Rempah Utama:
- Bawang putih – banyak
- Kunyit hidup – 2 inci
- Jintan putih
- Ketumbar
- Garam himalayan atau sea salt
Cara mebuatnya:
- Kisar/tumbuk sampai lumat. Bawang putih banyak pun tak apa. Bagus untuk sistem tubuh.
Tambahan
- Boleh tambah tepung beras / jagung untuk salutan tapi sebaiknya tak perlu letak.
- Masa mengisar jangan masukkan air banyak sangat
Cara Untuk Menggoreng Ayam
- Masukkan lengkuas yang dikisar untuk serabut-serabut (tolong potong lengkuas dulu sebelum masuk dalam blender atau blender akan cepat rosak).
- Boleh tambah daun kari untuk bangkitkan aroma.
Cara Untuk Menggoreng Ubi Kayu
- Rebus dulu ubi kayu, tapi jangan sampai hancur. Kemudian barulah gaul dengan bumbu atau rempah.
- Perap dalam 30 minit ke 1 jam dan goreng.
- Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ubi kayu perap.
Boleh Ke Blend Banyak Dan Simpan?
- Tak boleh, sebaiknya biarkan fresh
- Boleh makan dengan sambal kicap johor
Sangan / Goreng Tanpa Minyak
Cara ini juga boleh dilakukan dengan menggoreng tanpa minyak sekejap rempah jantan putih dan ketumbar dalam kuali. Ia akan membangkitkan aroma rempah dengan lebih baik.
Mak Pesan
Jangan risau tangan kuning masa menggaul sebab kunyit tu kan bagus untuk kulit kita. Lagipun, mak kata gaul dengan tangan, enzim ibu tu masuk. Nanti anak-anak akan dengar cakap dan suami pun sayang lebih.
Sumber/Foto: Mai Mgnesium / Viralkami
Resipi Mi Kung Fu, Sedap dan Menyelerakan
Hujung minggu buat mi kung fu untuk seisi keluarga pun best juga kan. Lagipun senang je nak buat mi kung fu ni. Rasanya pun sedap. Kalau nak pedas, letak cili padi banyak sikit. Kalau tak nak pedas, kurangkan cili. Kalau suka, boleh letak banyak sikit sayur. Yang oenting kita boleh adjust resipi ikut macam mana yang kita mahukan.
MI KUNG FU
BAHAN MI
• Minyak masak untuk menggoreng
• 200 gram mi kuning
• 2 biji telur ayam
BAHAN HIASAN
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
BAHAN KUAH
• Minyak masak untuk menumis
• 3 ulas bawang putih (diketuk)
• 100 gram isi ayam (dipotong kecil)
• 5 ekor udang (dibuang kulit)
• 2 ekor sotong dipotong bulat
• 2 cawan air
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 sudu makan sos tiram
• 3 batang baby corn (dipotong memanjang)
• Lobak merah (dipotong panjang dan halus)
• Brokoli (dihiris kecil)
• Bunga kobis (dihiris kecil)
• 3 tangkai cili padi (diketuk)
• Serbuk lada sulah
• 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air suam)
CARA MEMBUAT MI
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan mi. Kemudian masukkan telur ayam.
2. Goreng mi sehingga kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
CARA MEMBUAT KUAH
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau sehingga masak.
3. Masukkan air, garam, gula dan sos tiram. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah dan bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit dan angkat.
5. Tuangkan kuah ke atas mi kungfu tadi.
6. Letakkan bahan hiasan. Sedia untuk dihidang.
Resipi Oleh unknown dari Telegram KakiMakan