Anak-anak memang suka apapun menu berasaskan ayam, apa kata anda cuba menu Ayam Panggang Sos Krim yang mudah sangat cara membuatnya dan paling penting sos krimnya yang tidak pedas. Untuk lebih sedap, pastikan ayam dipanggang dengan betul agar garing di luar dan berjus di dalam.  Kalau nak padankan dengan spageti Agalio Olio, nasi putih atau roti bakar pun boleh.  Tak percaya cuba resipi ni ye..

AYAM PANGGANG SOS KRIM BAWANG PUTIH

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 300 gm ayam-potong kecil dan bersihkan.
  • 3 biji kentang-buang kulit dan belah 4
  • 1 batang lobak merah-potong sederhana
  • 4-5 biji tomato ceri-belah dua
  • 3 ulas bawang putih-cincang
  • 80 gm mentega
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • 150ml krim masak
  • 50 ml air
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak.

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan ayam bersama bawang putih, mentega dan serbuk oregano. Kacau rata.
  2. Tumis hingga ayam bertukar warna emas keperangan.
  3. Masukkan kentang dan lobak merah, kacau lagi dan masukkan sedikit air.
  4. Tutup kuali dengan aluminium foil dan masukkan dalam ketuhar.
  5. Bakar dengan suhu 180 C lebih kurang 15-20 minit.
  6. Setelah masak keluarkan ayam dan ketepikan.
  7. Kemudian masukkan krim masak dan sedikit air dalam kuali tadi.
  8. Masukkan garam dan perasa secukupnya, dan kacau rata.
  9. Masukkan ayam dan bakar semula seketika sebelum dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI