Mulut terasa nak makan yang manis-manis. Memang dah lama tak merasa wajik atau di utara panggil pulut kacau utara. Rasanya yang manis bukanlah sekali hadap, bak kata orang sebagai dessert selepas makan. Ada peminat tak? Kalau ada yang nak mencuba buat, dikongsikan caranya.
PULUT KACAU UTARA
Bahan-bahan:
5 cawan santan pekat
3 cawan pulut susu
2 cawan gula merah(masak dgn sedikit air)
1/2 cawan gula putih
secubit garam
daun pandan(disimpul)
Cara membuat:
1.Rendam pulut 2-3 jam. Kemudian kukus sehingga masak.
2.Masak gula merah dengan sedikit air sehingga larut.
3.Masukkan santan, gula merah, gula putih, garam dan daun pandan ke dalam kuali.
4.Masak sehingga menjadi pekat dan bertali. Masukkan pulut tadi.Kacau sehingga sebati semua bahan.
5.Dah masak terus tuang ke dalam loyang atau bekas.
Kredit: Siti Hadirah
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Sedapnya Ais Krim Vanila Coklat Homemade, Puas Makan Penuhi Citarasa
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Warna Warni Raya, Agar-Agar Kering Sedap Dijadikan Kudapan Untuk Kanak-Kanak!
Warnanya yang cantik berwarna-warni pasti disukai kanak-kanak. Selain dijadikan makanan snek untuk anak-anak dan keluarga ia juga boleh dijadikan sebagai bungkusan pemberian semasa acara harijadi, kenduri-kendara dan juga sebagai bisnes sambilan menambah duit tabung.
Agar-agar kering ini merupakan sejenis kuih tradisional lama. Ia merupakan agar-agar dalam pelbagai bentuk dan berwarna yang dijemur sehingga kering dan boleh tahan lama.
Resepi mudah dan sedap Agar-Agar Kering
Bahan:
- 200gm agar-agar tali
- 1kg gula batu
- 3kg gula pasir
- 5liter air ( sukat dgn botol mineral 1ltr )
- Pewarna makanan
Cara-caranya:
- Rendam agar-agar tali sekejap supaya lembut
- Masukkan air ke dlm periuk dan masukkan agar-agar tali yg sudah dibasuh
- Didihkan dan masukkan gula batu dan gula pasir
- Masak dgn api sederhana sehingga larut gula dan agar-agar
- Bahagi kpd bbrp bahagian . Dan warnakan dgn pewarna makanan
- Tuang ke dlm loyang yg sesuai dan sejukkan sehingga beku
- Potong dgn pemotong agar-agar dgn tebal yg sederhana
- Susun di atas dulang dan jemur sehingga kering
Kredit resepi: Alizah Hj Asri
Resipi Sambal Kelantan Sesuai Dimakan Untuk Semua Jenis Nasi. Buat Untuk Stok Sebulan!
Sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- Cili merah
- Cili api
- Limau kasturi(blender dgn kulit)
- Bawang besar bakar
- Bawang putih bakar
- Cuka
- Manisan kg
- Gula
- Garam
CARA-CARA:
- Kisar semua bahan sehingga hancur.
- Sambal kelantan tak guna belacan.
- Kisar kering.
- Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.
NOTA: jgn letak air masa blender.
Kongsi resipi: Rohaya Rose
Nak Beli Sos Ikan Tapi Ragu-Ragu Dengan Status Halalnya? Kini Anda Boleh Hasilkannya Secara Homemade.
Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.
Bahan penambah rasa ini boleh dikatakan sebagai bahan masakan yang tidak asing lagi bagi masyarakat yang tinggal di Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur serta digunakan secara meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam.
Cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut ini biasanya digunakan sebagai penambah perasa di dalam pelbagai jenis masakan. Selain ditambah kepada hidangan semasa proses memasak, sos ikan juga digunakan dalam penyediaan kuah celupan yang sesuai dinikmati bersama hidangan ayam, daging dan juga makanan laut.
Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.
Nak belajar cara buat sos ikan sendiri? Ini resipinya. Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.
RESIPI SOS IKAN NAMPLA
BAHAN-BAHAN:
- 600gm ikan tenggiri
- 5 ulas bawang putih | dicincang kasar
- 1 biji limau nipis | diambil jusnya
- 5 helai daun salam
- 2 sudu kecil lada hitam
- 2 cawan air masak
- 1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT:
- Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,.
- Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
- Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
INFO YANG ANDA PERLU TAHU:
- Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
- Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.
Di Thailand, penggunaan sos ikan boleh dikatakan digunakan di dalam setiap jenis hidangannya seperti tomyam, sup, hidangan kacau goreng dan juga kerabu. Ia memberikan rasa enak yang luar biasa dan mempunyai rasa berbeza dengan sajian yang sama tetapi hanya menggunakan bahan perasa yang biasa.
Berikut RASA kongsikan beberapa resipi kerabu yang menggunakan sos ikan sebagai bahan perasanya. Selamat mencuba!
1. KERABU SOTONG BERSUHUN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | dibersihkan
- 6 biji limau kasturi
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh gula
- 1 tangkai daun ketumbar | dicincang kasar
- 5 biji cili api |hiris
- 2 kuntum bunga kantan | dihiris nipis
- 150gm suhun | dicelur
- 200ml air
- 1 batang serai | dititik
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Sotong yang siap dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong bunga.
- Panaskan air dan celurkan sotong bersama serai, halia serta sedikit garam. Angkat dan toskan airnya.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk bersesuaian. Gaul rata.
- Perasakan denagn menambah gula, sos ikan dan kicap cair dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.
- Sedia untuk dinikmati.
2. KERABU PERUT
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg perut lembu | dibersihkan
- Kacang panjang secukupnya | dihiris halus
- 3 ulas bawang merah | hiris halus
- 10 biji cili padi | dihiris halus
- 3 biji limau nipis | ambil jusnya
- 1 biji tomato | hiris
- 2 batang serai |hiris halus
- 5cm halia | hiris tipis
- Daun kesum | dihiris halus
- 1 sudu teh sos ikan
CARA MEMASAK:
- Rebus perut lembu bersama garam dan halia sehingga empuk. Toskan airnya dan hiris nipis.
- Masukkan perut ke dalam bekas dan masukkan bahan-bahan yang dihiris. Gaul rata.
- Kemudian masukkan jus limau nipis dan gaulkan hingga semua bahan sekata.
- Masukkan sos ikan dengan secukup rasa dan gaul lagi sekali biarkan sekata .
- Sedia untuk dihidang.