Bagi yang tiada penimbang, boleh try buat puding roti coklat ni. Hanya guna sukatan cawan je. Senang je uols. Cubalah buat. Sedap sangat puding roti coklat ni.
PUDING ROTI COKLAT
BAHAN-BAHAN
15 keping roti sandwic
2 sudu besar mentega
4 biji telur ayam
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan susu segar
1 cawan susu coklat
Hiasan pilihan
CARA MEMBUAT
1. Potong roti kepada beberapa bahagian kecil.
2. Kemudian masukkan roti ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak atau mentega. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, satukan mentega, telur ayam, esen vanila dan gula. Kacau sebati.
4. Tambahkan serbuk koko, serbuk nescafe dan tepung jagung. Adun rata.
5. Masukkan pula susu segar dan juga susu coklat. Kacau sebati.
6. Kemudian tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi.
7. Tekan-tekankan sedikit roti tersebut agar padat dan sebati. Taburkan hiasan pilihan.
8. Rehatkan adunan selama 30 minit sebelum bakar.
9. Panaskan oven. Bakar pada suhu 180°C selama 1 jam. Setelah masak, biarkan adunan sejuk sebelum dipotong.
Kredit Resipi: Farisha Sofea
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Hati Buat Sendiri Roti Canai Bujang, Gebu & Lembut
Makan roti canai di kedai mamak, memang sedap. Tambah lagi bila makan sambil borak dengan kawan-kawan.
Apa kata kali ini, kita buat sendiri roti canai bujang di rumah? Boleh cuba resipi yang dikongsi Afifudin Deng ini. Mudah je nak buatnya.
ROTI CANAI BUJANG
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum (jenama apa-apa pun boleh) – beli online di sini
400-500ml air sejuk
1 biji telur (optional)
2 sudu besar marjerin – beli online di sini
2-3 sudu besar minyak (optional) – beli online di sini
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula – beli online di sini
2 sudu besar susu pekat (optional boleh tukar gula) – beli online di sini
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Cairkan marjerin dan biarkan sejuk.
2. Bancuh air, gula, garam, susu, telur. Kacau biar sebati.
3. Masukkan tepung dan sebatikan dengan bancuhan tadi. Masa ni jangan letak air terlalu bnyak. Cukup untuk racik-racikkan tepung.
4. Kemudian, masukkan marjerin tadi dan akhir sekali, masukkan minyak. Gaul sehingga hampir sekata.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
5. Masukkan air secukupnya. Jangan terlalu lembik, nanti cepat koyak masa nak tebar. Doh biar keras sikit. Sukatan 400-500ml tu sesuai untuk 1kg tapi boleh ejas ikut kesesuaian.
6. Uli 3 kali diselang seli dengan rehatkan doh selama 10 minit. Setiap ulian boleh buat 10-15 minit.
7. Uli dengan tekanan yang lembut. Bila dah biasa, boleh buat uli 2 kali je. Uli sampai masak. Doh akan jadi licin dan berkilat.
8. Kemudian, rehatkan doh selama 30-40 minit. Tutup dengan kain lembab. Cukup masa, boleh bentukkan doh. Untuk sekilo, saya biasa buat 20 biji je. Boleh kecilkan lagi untuk dapat 23-25 biji.
9. Lumur doh dengan marjerin. Jangan kedekut kat sini. Kemudian, boleh simpan dalam bekas bertutup. Boleh ditebar seawal 3-4 jam. Saya biasa buat semalaman.
10. Cukup masa boleh digoreng, boleh ditebar atau tarik mengikut keselesaan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
11. Sebelum tu, doh tu boleh penyet-penyetkan dulu untuk mudahkan tebar nanti. Lepas penyet-penyet, rehat kejap dalam 10-15 minit. Jangan lupa minyakkan sikit tangan dan doh.
12. Dah masak. Masa panas-panas tu, boleh tepuk-tepuk untuk bagi roti gebu dan nampak berlapis.
p/s: cuba 2-3 kali untuk biasakan diri
Kredit resipi: Afifudin Deng
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Creampuff Creamy Custard, Rasanya Seperti Aiskrim Vanilla
Sekejap Je Dah Siap, Cucur Kucai Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Dapat Hampir 80 Ribu Share Di FB. Resipi Piza Kuali Homemade Ni Memang Kena Cuba!
Piza antara snek kegemaran kanak-kanak. Jika anak anda gemarkan hidangan ini, bolehlah cuba hasilkan sendiri di rumah. Bahan-bahannya sangat mudah malah cara memasaknya juga sangat sempoi. Guna kuali dan masak atas api je. Tak perlu ketuhar pun! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
PIZA HOMEMADE TANPA KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tepung gandum
- 2 cawan air suam
- 1 paket mauripan
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan gula
- Secubit garam
BAHAN INTI ( TOPPING):
- Sos pasta tradisional – apa-apa jenama
- Sedikit bawang putih
- Sedikit hirisan bawang holland
- Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
- Hirisan sosej, isi ayam, cendawan butang, hirisan nanas, tomato, keju atau aneka makanan laut
( boleh pelbagaikan ikut citarasa)
CARA MEMASAK:
Sediakan inti terlebih dahulu. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan hirisan sosej, ayam dan cendawan.
Tumis sampai masak dan perasakan dengan garam serta lada hitam. Ketepikan.
Untuk doh, ambil 1 cawan air, tuang mauripan dan masukkan secubit gula. Biar selama 2-3 minit. Bila muncul buih-buih, ia menandakan ia sedia untuk digunakan.
Gaul tepung bersama minyak. Tambah air dan bancuhan mairipan tadi. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit. Bila doh dah tak melekat di tangan, tutup dengan tuala dan rehatkan selama 1 jam.
Selepas 1 jam, doh akan naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar.
Bahagikan doh kepada 5 bahagian atau lebih.
Bentukkan doh menjadi bulat dan leper. Kemudian letakkan di dalam kuali.
Sapu sos pasta kemudian isikan inti/topping piza yang dimasak tadi. Tabur keju dengan secukupnya.
Masak doh guna api kecil sahaja selama 10-15 minit ikut ketebalan piza yaang dibuat. Pastikan tutup menggunakan tudung periuk. Tak perlu letak minyak atau lapik di dalam kuali.
Bila keju cair dan pizza telah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
- Kalau suka kerak piza yang rangup, masak doh terlebih dahulu sebelum isi inti/topping.
- Jika nak piza yang lembut macam roti, letak inti/topping atas doh mentah kemudian baru masak.
- Keju akan ambil masa 3-4 minit untuk cair.
- Jika nak lebih cepat, boleh guna roti nan atau roti arab.
Kredit resipi & foto: Murni Rahmat
4 Menu Strawberi Kesukaan Anak. Kek, Biskut, Trifles ..Sedapnyaa.
Buah strawberi yang merah ranum tu memang cukup sedap dimakan begitu sahaja. Keenakan jem strawberi sesuai sangat dimakan dengan roti atau pasteri yang lain.
Buahan yang kaya vitamin dan tinggi kandungan anti oksidannya juga memang gerenti sedap bila dibuat kek dan pasteri. Ni min kongsikan sajian pencuci mulut kek dan pasteri untuk dicuba.
1. STRAWBERRY TRIFLES
BAHAN KEK:
- 150gm tepung kek
- 150gm mentega
- 150gm gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
BAHAN UNTUK MELAPIS TRIFLES:
- 3-4 biji strawberi | dipotong
- 300ml krim putar | pukul hingga kembang
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung kek dengan serbuk penaik dan ketepikan.
2. Pukul telur dan mentega hingga kembang kemudian masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati.
3. Tuang adunan di dalam loyang 10 x 10 inci dan bakar pada suhu 180˚C selama lebih kurang 20-25 minit hingga masak.
4. Sejukkan dahulu dan potong kek mengikut saiz bekas yang digunakan untuk menghidang.
5. Letakkan lapisan kek pada dasar bekas, susun strawberi dan picitkan krim putar yang sudah dipukul kembang tadi di bahagian atasnya.
6. Hiaskan dengan potongan strawberi. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
7. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan sejuk.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 1 jam 20 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak, manis dan masam yang seimbang
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
2. STRAWBERRY CHEESECAKES BAR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 250gm mentega
- 100gm gula kastor
- 12 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 280gm tepung gandum serba guna
- ½ sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
BAHAN LAPISAN KRIM KEJU:
- 225gm krim keju
- 90gm gula ising
- 3 biji telur
- Jem strawberi secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Sebatikan mentega dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh.
4. Tekan di dalam loyang 10 x 10 hingga rata. Untuk mendapatkan bar yang lebih nipis boleh gunakan loyang 12 x 12. Ketepikan.
5. Untuk membuat krim keju; Pukul krim keju dengan gula ising hingga kembang.
6. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati.
7. Tuangkan ke atas lapisan doh yang ditekan di dalam loyang tadi.
8. Ratakan dan picit jem strawberi ke atas adunan krim keju secara memanjang dan lorek jem untuk membentuk corak.
9. Bakar pada suhu 180 ˚ C selama 50-60 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotongnya menjadi kepingan bar.
Info chef: Boleh hias dengan hirisan strawberi jika suka.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan ada sedikit masam strawberi
Jenis masakan : Kek
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
3. STRAWBERRY SHORTCAKE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 260gm buah strawberi | potong dadu
- ½ sudu teh jus lemon
- 75gm gula kastor
- 122gm tepung red rose
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh garam
- 36gm mentega
- 70gm Heavy cream
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven 180 ˚C.
2. Satukan buah strawberi, dan jus lemon biarkan seketika.
3. Dalam bekas berasingan, satukan tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Kemudian masukkan heavy cream gaul hingga menjadi doh dan masukkan buah strawberi bersama lemon jus tadi. Adun sebati.
5. Sudukan di atas loyang.
6. Bakar lebih kurang 25-30 minit hingga perang.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Ada rasa masam dan lemak mentega
Jenis masakan : Kudapan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
4. STRAWBERRY & CHOCOLATE CREAM CHEESE NAPOLEON
BAHAN-BAHAN:
- 500gm doh puff pastry
- 1 biji telur
- 7-8 biji buah strawberi
BAHAN KRIM KEJU COKLAT:
- 50gm gula ising
- 20gm serbuk koko
- 225gm krim keju
- ½ sudu esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Canai nipis doh puff pastri dan potong saiz petak kecil.
2. Bakar dengan suhu 200 ˚ C selama lebih kurang 25-20 minit hingga perang. Biarkan sejuk seketika.
3. Pukul gula ising dan krim keju hingga sebati, masukkan serbuk koko dan esen vanila.
4. Pukul lagi hingga kembang.
5. Potong buah strawberi. Picitkan sedikit krim keju coklat di atas satu kepingan puff pastri yang sudah dibakar tadi. Susunkan buah strawberi dan lapiskan dengan satu lagi kepingan puff pastri. Picit lagi krim keju coklat dan hias dengan sedikit hirisan strawberi.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh juga tabur dengan manik coklat jika suka di atas krim keju coklat.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Pastri rangup bila dikunyah
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.