Jika nak dihitung resipi Puding Roti yang ada, memang tak terkira. Ada pelbagai versi dan rasanya pun ada sedikit berbeza. Bagi anda yang gemar makan puding, boleh cuba resipi dari chef Hotel Park Royal ni pula. Lawa kan? Nak buat sebagai manisan hantaran pun sesuai ni.

PUDING ROTI PELANGI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 paket agar-agar bertali
  • 7 cawan air
  • 6 keping roti
  • 2 biji telur
  • 4 cawan santan
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 cawan gula
  • 6 pewarna pilihan

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masak agar-agar dengan gula hingga kedua-duanya larut.
  2. Rendam roti dengan santan hingga lembut.
  3. Kemudian kisar bersama dengan telur dan susu.
  4. Masukkan ke dalam adunan agar-agar tadi. Kacau sebati.
  5. Bahagikan kepada enam bahagian dan di warnakan.
  6. Selepas itu tuangkan ia ke dalam loyang selapis demi selapis. Pastikan lapisan yang sebelum sedikit keras sebelum dimasukkan lapisan seterusnya.
  7. Sejukan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

INFO CHEF:Kelar sedikit permukaan agar-agar supaya setiap lapisan dapat melekat dengan sempurna.

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI