Ermm sedapnya minum petang bersama kuih muih yang disukai. Puding yang satu ini juga tidak kurangnya enaknya bila dimakan sejuk-sejuk. Puding yang dilapis-lapis dengan rasa asli adan koko menghasilkan lapisan yang cantik. Ikut cara Marina bagaimana menghasilkan puding marble yang memikat rasa.

PUDING MARBLE

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 37 gm agar-agar tali (1 tahil)
  • 6 gelas air (1300 ml)
  • 2 1/2 gelas gula pasir ( 470gm)
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA-CARA:

  1. Masak agar-agar dengan air.
  2. Pukul telur sampai kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul lg hingga sebati.
  3. Masukkan susu cair dan esen vanilla, pukul sebati.
  4. Apabila agar-agar td sudah hancur masukkan gula. Bila hancur tapis kan ke dalam periuk. Kemudian jerang balik ke atas dapur hingga mendidih. Masukkan adunan telur tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dalam agar-agar)
  5. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.
  6. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.
  7. Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
  8. Boleh disimpan sejuk dalam peti sejuk.

Kredit: Marina Mar Mawar

IKLAN

Tiramisu Campuran Biskut Oreo & Vege Cracker Sedap, Buat Ketagih Nak Makan

Sedapnya Agar-Agar Sedut Oren Sunquick & Pic. Rasa Nyaman Di Tekak!

IKLAN

Pengat Bebola Labu Manis Enak DiBuat Minum Petang

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI