Cuaca panas begini sedap dapat makan pemanis mulut yang sejuk. Apa lagi yang mudah kalau bukan puding. Selain membuat puding biasa , ada pula jagung manis di dapur. Jomlah kita buat puding jagung. Ikut resipi yang dikongsi oleh Norfazida Gda Puding Jagung Filipina. Jika buat loyang kecil, setengah dari resipi
MAJA BLANCA
(Puding Jagung Filipina)
Bahan-bahan:
1 tin jagung manis/krim
1 tin susu cair-BELI ONLINE DI SINI
1 tin susu pekat-BELI ONLINE DI SINI
1 1/2 cawan gula (saya kurangkan)- BELI ONLINE DI SINI
3 cawan santan
3 cawan air (1 cawan utk bancuh tepung)
200gm tepung jagung
Secubit garam
Keju blok/kacang tanah
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan kecuali air satu cawan, tepung jagung dan keju/kacang tanah. Masak sebentar hingga berwap.
2.Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan secawan air. Kacau dengan sekata tanpa henti hingga pekat berkilat dan meruap-ruap atau meletup-letup. Tutup api.
3.Tuangkan ke dalam loyang/acuan dengan cepat supaya puding terbentuk cantik.
4.Sejukkan baru disimpan ke dalam peti ais selama beberapa jam. Keluarkan dari peti ais, sagatkan keju blok untuk citarasa moden atau taburkan kacang tanah yang dikisar kasar untuk yang lebih tradisional di atas puding.
5.Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Kredit: Norfazida Gda
Cara Masak Bubur Sumsum Yang Lembut & Cukup Rasa Lemak Manisnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Ayam Masak Rose Ni, Resipi Asal Oleh Tukang Masak Kenduri
Kalau sebut tentang ayam masak rose, automatik teringat kenduri kahwin. Kalau dapat nikmati ayam masak rose time kenduri memang puas hati rasanya.
Menurut empunya resipi ni Ayam masak rose resepi ni dia dapat dari tukang masak kenduri.Dulu-dulukan ada gotong royong time masak.Sekali cuba balik di rumah Alhamdulillah sama rasa macam di kenduri. Jadi dikongsikan untuk anda semua mencubanya.
Ayam Masak Rose
Bahan-bahan:
- 4 sekawan
- 2 batang serai(diketuk)
- 2 helai daun pandan (disimpul)
- Cili kering (direbus dahulu)*
- 1 batang lobak merah*
- 1 biji tomato*
- 3 biji bawang besar*
- 5/6 ulas bawang putih*
- Halia (hiris)*
- Serbuk kas kas
- Serbuk badam(badam biji tu kisar halus)
- Serbuk jintan manis
- Serbuk jintan putih
- Serbuk cili
- 1/2 tin susu cair
- 1 camca susu pekat
- Tomato puri
- Daun bawang
- Daun sup
- Garam kasar
- Gula
- Perasa(jika suka)
Cara memasak:
1.Ayam dibasuh bersih-bersih.Gaul kunyit garam.Goreng separuh masak.Ketepikan ayam yang telah digoreng tadi.
2.Bahan-bahan yang bertanda* dikisar halus.
3.Tumis bahan bawang besar yang dihiris,4 sekawan,serai dan daun pandan hingga sedikit layu.
4.Masukkan bahan kisar yang pertama dulu(bawang besar bawang putih dan halia)tumis sekejap.
5.Sepas tu masuk pulak bahan kisar yang kedua (cili kering,lobak merah, tomato) tumis hingga pecah minyak.
6.Dah pecah minyak,masukkan bahan-bahan serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,serbuk cili,serbuk kas kas(satukan kesemuanya bahan-bahan ni dijadikan pes)
7.Masukkan susu cair,susu pekat, tomato puri dan tambah air. Biarkan mendidih.
8.Masukkan ayam,serbuk badam,garam, gula dan perasa.
9.Masak sehingga kepekatan kuah yang kita nak.
10.Dah boleh tutup api.Tabur daun bawang dan daun sup.
11.Siap untuk dihidang.
Kredit: Mariana Abd Majid
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tofu Crispy Goreng Pedas, Menu Malas Untuk Bersahur.
Paling pening nak fikir lauk apa nak masak untuk bersahur kan? Yelah mana taknya tengah mamai nak kena sediakan bahan masak bersahur pula, kalau tak kena tekak menunya mesti takde selera nak makan untuk bersahur. Nak fikir menu dah susah nak dapat mood bersahur dengan lauk sesuai tekak lagilah susah. Tapi jangan risau menu simple macam Tofu Crispy Goreng Pedas ni confirm laju makan dengan nasi panas.
TOFU CRISPY GORENG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
3 keping tofu (Hiris nipis)
5 ulas bawang putih cincang
1 sudu teh chilli flakes
5 biji cili padi potong
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu makan sos tiram, 1 sudu makan kicap cair, 1 sudu makan kicap pekat, sedikit cuka dan gula (satukan dan kacau semua)
Daun bawang
Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
- Goreng tofu mengikut saiz dan bentuk yang korang suka.
- Satukan bawang putih cincang, chilli flakes, cili padi dan serbuk jintan manis.
- Minyak kena betul-betul panas dan tuang dalam bahan cincang. Tapi saya tuang bahan cincang dalam minyak panas. Saya suka garing sikit bawang putih tu. So, saya masak sekejap.
- Masa ni api dah tutup, tuang semua bahan kicap tadi.
- Masukkan tofu yang dah digoreng awal-awal tadi. Masukkan bahan hijau sekali.
- Gaul-gaul rata tanpa perlu menghidupkan api.
- Beginilah hasilnya!
Kredit: Harum Wangi
SELAMAT MENCUBA!
Instafamous Surianti_Kitchen Kongsi 3 Resipi Viral Mudah Dimasak.
Menjengah ke laman Instagram Surianti_Kitchen, boleh membuat perut berasa lapar. Mana tidaknya ada banyak video serta gambar sajian yang enak dikongsi oleh Instafamous tersohor ini setiap hari. Malah setiap masakan disertakan dengan cara memasak yang lengkap menjadikan laman IG ini menjadi pilihan serta popular di kalangan pelayar Instagram. Oleh itu dalam rancangan Rasa Instafamous episod ke sembilan ini, Aunty Aini menampilkan Puan Surianti Ramli dari Surianti_Kitchen sebagai tetamu undangan.
Menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Perak, Puan Surianti tetap meluangkan masa dan mencari ruang untuk melaksanakan minatnya ini. Malah permulaan cintanya terhadap dunia masakan ini sudah bermula seawal usia 10 tahun lagi.
Waktu kecik saya selalu tolong ibu dan bapa menyediakan bahan makanan untuk berniaga. Maka dari situ timbul minat dalam dunia masakan ni. Pada usia 10 tahun, saya sudah boleh memasak masakan mudah seperti sambal tumis dan nasi goreng. Malah di usia 16 tahun, saya sudah mula menerima tempahan kek, ujar suri hati kepada Encik Muhamad Sabri Abdul Rahim ini.
IBUNDA SEBAGAI INSPIRASI
Walaupun sejak kecil lagi sudah biasa memasak, namun Puan Surianti tetap mengikuti kelas-kelas masakan bagi memantapkan lagi kemahiran beliau. Namun guru yang paling ulung tentulah ibunya sendiri.
Ibu adalah sumber inspirasi saya untuk lebih maju dalam bidang ini. Beliau memang sangat mahir memasak pelbagai jenis sajian antaranya ialah lauk pauk, aneka biskut, kek, pulut kuning untuk hantaran perkahwinan dan banyak lagi. Malah beliau juga mahir dalam pembuatan gubahan hantaran.
SURIANTI_ KITCHEN PILIHAN RAMAI
Di Instagram Surianti_Kitchen, Puan Surianti suka berkongsi aneka resipi masakan yang mudah dan praktikal dimasak setiap hari seperti nasi, lauk pauk, pasta, kek, roti dan sajian pencuci mulut. Malah ada juga aneka resipi biskut dan kuih tradisional yang menjadi pilihan ramai.
Memilih untuk berkongsi ilmu dengan para followers, ternyata ia memberikan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula mendapat maklumbalas yang sangat baik dari individu yang mencuba, menjadikan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lebih bersemangat untuk memanjangkan ilmu yang dimilikinya.
Anda terasa nak cuba masakan dari Surianti_Kitchen? Khas untuk Rasa Instafamous kali ini, Puan Surianti telah berkongsi tiga resipi kegemaran beliau yang tentunya sangat sedap dan mudah untuk dicuba di rumah. Selamat mencuba!
RESIPI SURIANTI_KITCHEN
1. MINI QUICHE
2. DAGING KICAP BAWANG GORENG
3. PUDING BUAH PIC
MAJALAH RASA KINI DI KACA TELEVISYEN ANDA
Menerajui majalah berasaskan masakan selama 17 tahun cukup mendewasakan Majalah Rasa. Menjadi Majalah Masakan No.1 di Malaysia semestinya banyak cabaran yang dilalui. Bermula bagai anak kecil yang baru perlu berlari mengejar pesaingnya, Rasa berjaya meletakkan namanya sebaris dengan majalah yang sedia ada. Ia kemudian terus menjadi unik dengan perkongsian resipi yang konsisten setiap bulan. Lebih cemerlang apabila Rasa tambil dengan Edisi Bumper untuk 3 bulan musim perayaan.
Lima tahun lalu, rasa mengorak langkah berjinak-jinak dalam dunia digital sehinggalah tahun lalu secara agresif beraksi laman sesangan dan di pentas social media selari dengan perkembangan dunia digital. Rasa sekali lagi menempatkan dirinya menjadi Portal Masakan No. 1 di Malaysia sehingga hari ini.
Dan Bermula 30 Julai 2018, rasa melangkah setapak lagi dengan Rancangan Memasak. Memulakan langkahnya Tv nya dengan membawa Instafamous yang mempunyai pengikut ratusan ribu di Instagram. Tanpa menampilkan pengacara cantik manis, Rasa Instafamous meniti dari bibir ke bibir peminat program masakan di televisyen. Aunty Aini yang bersahaja dan tanpa kekok berbual sambil membantu tetamunya memasak. Sebagai seorang yang sudah biasa memasak dia semestinya tidak kekok untuk menyebut apa sahaja nama bahan-bahan. Rasa Instafamous akan bersiaran selama 13 episod.
Untuk anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.
BEHIND THE SCENE