Cuaca panas begini sedap jika dapat puding. Makan pula ketika sejuk memang nikmat di tekak. Jomlah kita buat puding cream crackers ni. Buat banyak, esok boleh ulang makan.

Puding Cream Crackers Enak Dimakan Sejuk

PUDING CREAM CRACKERS

Bahan-bahan:

16 keping biskut cream crackers

1 cawan air panas

4 sudu besar susu pekat

2 sudu besar gula pasir

2 sudu besar tepung jagung

IKLAN

2 biji telur

Sedikit pewarna

Cara memasak:

1.Rendam biskut cream crackers dengan air panas sehingga kembang. Tapiskan, buang lebihan air. Biarkan sejuk.

2.Masukkan biskut ke dalam blender. Tambahkan semua bahan lain. 3.Kisar sehingga adunan sebati dan halus.

IKLAN

Puding Cream Crackers Enak Dimakan Sejuk

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna setiap satunya. Kacau sebati.

5.Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada loyang/acuan 5″ atau 6″. Tuangkan satu bahagian adunan ke dalam loyang. Kukus selama 5-8 minit.

6.Tuangkan lapisan adunan ke-2, kukus lagi 5-8 minit. Ulang lagi langkah yang sama sehingga habis adunan. Lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit.

7.Sejukkan baru dikeluarkan dari loyang/ acuan untuk dipotong. Siap untuk dihidang.

IKLAN

Puding Cream Crackers Enak Dimakan Sejuk

Kredit: #norfazidagda

Resipi Bubur Sum Sum Sedap & Lembut Guna Sukatan Cawan

Aiskrim Mangga Homemade Lemak Berkrim Mudah & Sedap 

Karamel Sagu Berkrim, Cukup Lemak, Sedap Dimakan Sejuk

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI