Selain dimakan begitu sahaja, betik juga enak dijadikan puding sebegini. Memang ada ‘class’ dan sangat sedap! Guna betik manis untuk hasil yang memuaskan dan hidangan ini enak dinikmati sejuk.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  • 1 biji betik ranum
  • 50gm mentega
  • 60ml susu cair
  • 6gm serbuk agar-agar
  • 375ml air
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 100gm gula kastor
  • 50gm isi betik masak | dipotong dadu
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1.  Kupas betik dan belah dua. Keluarkan biji dan sedikit isinya supaya lubang ditengahnya agak besar untuk diisi adunan puding nanti. Bersihkan dan simpan di dalam peti sejuk.
  2.  Masak air, gula dan serbuk agar-agar hingga mendidih dan larut. Masukkan mentega dan kacau.
  3.  Di dalam bekas lain, satukan telur, susu, esen vanila, tepung kastad serta garam. Kacau hingga sebati.Tapiskan adunan tadi.
  4.  Masukkan adunan telur yang ditapis tadi ke dalam agar-agar yang dimasak. Kacau rata.
  5.  Setelah mendidih, padamkan api dan biarkan sehingga agak suam.
  6.  Masukkan isi betik yang dipotong dadu dan tuangkan adunan puding ke dalam buah betik. Sejukkan sekali lagi  sebelum dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI