Menikmati minuman seperti lemonade sangat menyegarkan terutama  ketika cuaca panas. Tetapi, anda dapati ada sedikit rasa pahit di dalam minuman lemonade tersebut. Kemungkinan besar penyebabnya adalah dari lemon itu sendiri. Demikian juga dalam beberapa masakan, campuran lemon atau parutan kulitnya membuat rasa masakan pahit.

Terdapat tip untuk mengatasinya:

Petua Hilangkan Rasa Pahit Lemon
kredit: www.misslizzy.me

1. Jika anda merasa pahit pada hidangan bersos akibat penggunaan lemon, tambahkanbeberapa cubit garam kemudian kacau. Garam mampu meneutralkan rasa pahit. Masukkan sedikit demi sedikit hingga rasa pahit hilang.

IKLAN
Petua Hilangkan Rasa Pahit Lemon
kredit: mychefstoolbox.com.au

2. Untuk hidangan makanan lain yang kuahnya lebih pekat, anda boleh menghidangkannya dalam keadaanmasih panas atau suam agar rasa pahit tidak begitu ketara. Suhu panas boleh membuat rasa pahit tidak dapat dikesan. Ini yang membuatkan kopi panas tidak terlalu pahit rasanya dibandingkan kopi sejuk.

IKLAN
Petua Hilangkan Rasa Pahit Lemon
kredit: drhealthbenefits.com

3. Jika anda akan membuat minuman daripada lemon, pastikan anda hanya menggunakan isi buahnya sahaja. Buang biji dan bahagian kulit yang berwarna putih, kerana bahagian itulah yang membuat lemon terasa pahit.

IKLAN

Jadi lepas ni bolehlah hasilkan minuman atau hidangan yang lebih enak dan bebas rasa pahit lemon. Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI