Kuah kacang memang enak dimakan dengan nasi impit, cucur udang dan pelbagai hidangan lain. Namun tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul memasak hidangan ini supaya ia enak, pekat dan lambat basi walaupun menggunakan santan. Ada pelbagai petua yang boleh anda cuba dan beberapa daripadanya dikongsikan oleh Puan Rabiatun Adawyah ini.

TIP HASILKAN KUAH KACANG SEDAP

IKLAN

Petua Dapur Petua Memasak Kuah Kacang Agar Sedap, Pekat Dan Lambat Basi.

IKLAN
IKLAN
  1. Kacang yang disangai tu nak kena betul-betul masak.
  2. Apabila tumis cili, itu pun nak kena betul-betul masak juga. Agak ambil masa tapi insyaAllah berbaloi. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
  3. Apabila dah masukkan santan, kena santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang. .Ada sebabnya tapi mokcik dah terlupa..Kalau tak silap supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
  4. Dah masuk kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya ia tidak cepat hangus di bawahnya.
  5. Dari segi rasa pula..kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya Allah kuah akan rasa ummpphh..

Kredit gambar &petua: Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI