Ramai yang suka makan roti, donat, pau sambalhomemade dan sebagainya. Namun bila cuba buat sendiri ada kalangan tekstur tidak terlalu gebu. Saudari Suhasnida Ismail berkongsi satu resipi doh roti mulus yang serbaguna. Anda boleh guna resipi ini untuk membuat roti, donat dan burger Malaysia. Jika nak buat roti manis, hanya tambahkan gula mengikut cita rasa masing-masing.
Pesan empunya resipi, jika buat betul-betul Insyaallah hasilnya pasti menjadi. Tentu akan ada yang tidak berpuas hati dengan hasil masakan semasa kali pertama mencuba. Namun jangan putus asa, teruskan berlatih dan mencuba. Lama kelamaan anda mampu menghasilkan produk hebat seakan beli dari kedai roti terkenal.
RESEPI DOH UNTUK BUAT DONAT & ROTI HOMEMADE YANG MULUS (SERBAGUNA)
BAHAN BANCUH YIS: 15gm yis – beli online disini 20gm gula 50ml air suam (bancuh dan tunggu hingga berbuih)
CARA MEMASAK: 1.Bancuh yis terlebih dahulu supaya berbuih. Nak campur terus dalam tepung tanpa bancuh pun boleh cuma empunya resipi bancuh dahulu sebab nak bagi cepat kembang.
2. Dalam bekas berlainan, campur bahan-bahan kering dan telur kecuali garam dan shortening. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh.
IKLAN
Info:
Kalau nak buat 900 tepung high protein dan 100gm tepung gandum pun boleh. Hasilnya lagi lembut dan mulus.
Kalau nak buat roti manis, tambah gula 180gm -200gm. Terpulang pada cita rasa.
3. Kemudian masukkan garam dan shortening. Uli sampai doh berkilat, licin dan tidak melekat di mangkuk.
4. Rehatkan doh selama 5 minit dan bentukkan. Kalau nak buat roti burger, timbang doh 80gm. Jika nak buat pau Malaysia, timbang doh 30gm-40gm.
5. Rehatkan doh bagi kembang, kemudian sembur dengan susu full cream (ini kalau doh untuk buat roti sahaja). Barulah permukaan roti jadi cantik.
IKLAN
Info:
Untuk dapatkan roti yang sempurna, doh harus diuli biar berkilat dan licin.
Step rounding pula kena kemas dan licin. Jangan bagi doh terbuka bila buat bulat bulat tu.
6. Panaskan ketuhar kemudian bakar doh hingga masak. Jika buat doh untuk donat, boleh goreng bila minyak sudah panas.
TIP: 1. Jika buat Donat, jangan overproofing, nanti doh melekat di tangan dan bila angkat nak goreng, doh akan serap banyak minyak. Tidak sedap bila dimakan. 2. Pastikan doh tidak lembik kerana ia juga akan menyebabkan kuih serap minyak apabila digoreng. 3. Empunya resipi suka buat donat menggunakan shortening tetapi jika anda nak guna marjerin pun boleh. Tiada masalah. 4. Untuk membuat roti, empunya resipi suka guna kuning telur kerana ia akan membuatkan serat roti jadi lebih halus dan lembut gebu. Cuma pastikan jangan overproof. Kalau nak guna full telur (kuning & putih) pun boleh. Roti tetap menjadi.
Sambalsememangnya menjadi kegemaran ramai. Bagi penggemarnya, tidak sah jika tiada menu ini bila setiap kali makan. Bagi para peminat sambal, RASA mahu kongsikan pelbagai pilihan resipi Sambal yang dikongsi oleh saudari Afy Al HAbibi. Semuanya nampak sedap, mudah dibuat dan sesuai dinikmati setiap hari.
1. SAMBAL BELACAN KEDAI SIAM
BAHAN-BAHAN A:
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang merah (saiz besar)
1/4 keping kecil nisse / gula melaka
1 labu bawang putih jeruk
2 inci belacan
BAHAN-BAHAN B:
2 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
secubit dua ajino
sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam pengisar dan masukkan juga bahan-bahan B.
2. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
*kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau cita rasa sendiri
Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan tidak dibakar macam sebelum ini. Betul-betul sedap!
2. IBU SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
Kicap lemak manis secukupnya
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
Sedikit gula
Secubit garam jika perlu
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak dan goreng cili padi serta bawang putih hingga kekuningan. Angkat. ( Cili padi perlu dipatahkan terlebih dahulu bagi mengelakkan ia meletup masa menggoreng.)
2. Masukkan bahan goreng tadi ke dalam bekas pengisar.
3. Masukkan kicap. Kuantitinya sehingga menutupi paras bahan tadi.
4. Tambahkan kicap pekat dan kicap cair untuk warna sambal yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut cita rasa. Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sambal hingga lumat. Tuang ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Boleh tambah perisa jika perlu.
7. Ibu Sambal Kicap ni sesuai dinikmati bersama pelbagai sajian makanan seperti Soto, Bihun Sup, Bergedil Tauhu dan lain-lain lagi.
3. IBU SAMBAL BILIS
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar Holland
4 biji bawang merah Bombay saiz bola pingpong
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis goreng
secubit belacan
Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air.
2 . Panaskan minyak gorengan ikan bilis. Masukkan bahan kisar tadi. Goreng sehingga wangi dan sedikit garing. Guna api perlahan.
3. Masukkan 4 1/2 senduk cili kering kisar. Cikgu guna cili kerinting + cili kering besar. Jadilah sambal pedas-pedas manja.
4. Tumis sehingga cili masak dan pecah minyak. Kena betul-betul masak kalau nak cili tahan lama.
5. Untuk petua sambal nasi lemak yang lebih sedap, tumbukkan 1/2 genggam ikan bilis sehingga lumat.
*Rendam terlebih dahulu dalam air.*
Wajib letak. Rasa sambal lain dari biasa. Pengganti ajino juga.
6. Petua kedua, cikgu lebihkan nisse Kelantan atau gula melaka untuk warna sambal merah maroon. Tambahkan juga gula putih dan garam.
* Untuk rasa sambal yang sedap, rasa manis perlu lebih menyerlah dari rasa masin yang tipis sahaja*
7. Petua ketiga, cikgu masukkan 1 sudu besar cuka untuk sambal lebih tahan lama. Pengganti asam keping. Tambahkan juga 1/2 gelas air asam jawa. ( 1/2 gelas air + secubit asam jawa)
8. Teruskan masak sehingga sambal betul-betul sebati. Guna api perlahan sahaja dari awal menumis lagi kira-kira satu jam lebih. Masukkan segenggam lagi ikan bilis yang telah digoreng sebelum ditutup api.
9. Kalau terlampau banyak lapisan pecah minyak diatasnya, boleh dibuang sedikit. Sebenarnya untuk sambal tahan lama, lapisan minyak itu juga yang membantu.
Cara simpan dan guna:
Selepas sambal sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara. Asingkan ikut kuantiti yang hendak diguna. Simpan dalam peti suhu biasa jika untuk kegunaan dalam tempoh seminggu dua. Simpan frozen untuk masa yang lama.
Sendukkan sedikit dengan sudu kering. Panaskan tanpa minyak.
Masukkan lauk (sotong/ udang ). Biarkan ia mesra dan keluar airnya.
Kalau sambal terlalu pekat untuk kegunaan lain, boleh tambahkan sedikit air serta penambahan garam gula ikut kesesuaian.
Tunggu lauk masak sekejap, terus tutup api. Mudah bukan?
4. SAMBAL PENCICAH THAI DAGING BAKAR MERAUNG
BAHAN-BAHAN:
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi hijau
Sehiris nipis halia
1 relung kecil nisse / gula melaka
4 sudu besar sos ikan
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
2. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
3. Perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa. Kacau.
4. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
5. AIR ASAM PUSAKA
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bawang putih – dibakar
6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
1 1/2 inci belacan – dibakar
Beberapa biji cili padi
2 biji limau nipis saiz besar
3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
2. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
3. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
4. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
6. SAMBAL HIJAU BERLADO
BAHAN KISAR:
A:
4 ulas bawang merah (saiz syiling 20sen)
3 ulas bawang putih
7 ekor ikan bilis
Secubit belacan
B:
5 tangkai cili hijau Dua genggam cili padi hijau
(Untuk sambal rasa lebih kick)
CARA MEMASAK:
Panaskan satu senduk minyak gorengan ikan tadi. (minyak sekali guna)
Tumis bahan kisar A sehingga wangi. Kemudian masukkan pula bahan kisar B.
Biarkan cili masak sempurna. Masukkan sekeping asam. Barulah ditambahkan separuh kecil nisse atau gula melaka.
Masukkan sedikit air jika perlu. Perasakan dengan garam gula atau perasa mengikut citarasa sendiri.
Tutup api selepas semua rasa sebati dan sambal masak.
7. AIR ASAM KETAGIH
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
1 biji lemon dan sebiji limau nipis. Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
3 tangkai cili padi hijau
3 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa. (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
8. SAMBAL CILI KERING LAKSO LOMAK KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
8 tangkai lada kering besar ( direbus dan dibuang biji terlebih dahulu) cili kering ni tak pedas.
4 tangkai cili padi merah + 2 tangkai cili padi hijau
1 1/2 sudu besar gula
3/4 sudu besar garam ( atau masukkan sikit-sikit)
2 sudu besar cuka
1/2 cawan kecil air suam
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
9. SAMBAL NASI KAK VOUGE
BAHAN-BAHAN A:
Segenggam kecil cili padi merah
5 tangkai cili kering ( dibuang biji dan direbus terlebih dahulu)
2. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan hirisan bawang Holland dan bawang merah. Kacau sekata.
3. Tambahkan garam gula dan garam jika perlu disesuaikan.
4. Perah sebiji limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau kasturi yang dihiris.
5. Sedia untuk dihidangkan.
10. SAMBAL JANTAN
Sediakan bahan-bahan di bawah:
Segenggam cili padi merah
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
2 sudu besar cuka
1/2 cawan kecil air suam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
11. COLEK AIR LADA
1. Kisar bahan di bawah hingga hancur lumat.
6 tangkai cili merah
2 labu bawang putih jeruk saiz kecil
Sedikit air
2. Masukkan bahan kisar tadi dalam periuk. Tambahkan 1/2 senduk cuka. Masukkan 1 gelas besar air.
3. Perasakan :
1 senduk gula putih
2 sudu besar gula Melaka / sekeping nisse
1/2 sudu kecil garam.
* kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
4. Masak atas api perlahan. Kacau sesekali.
5. Tutup api selepas colek sudah beberapa kali mendidih dan cukup segala rasa.
6. Biarkan colek sejuk pada suhu bilik. Kemudian tambahkan 1 sudu bijan yang telah disangai.
Sesuai untuk dicicah bersama keropok.
12. COLEK BUAH
1. Sangai bahan di bawah hingga sedikit kekuningan:
1/2 genggam udang kering
1 inci belacan
* Kemudian terus kisar udang hingga halus.
* Nak pedas boleh tambah cili padi kisar.
2. Masukkan 2 senduk gula putih dan sekeping nisse/ gula melaka dalam periuk.
*Jangan buka api lagi*
3. Kemudian tambahkan 1 senduk besar kicap pekat. Tambahkan pula 1/2 cawan kecil air.
4. Boleh buka api perlahan dan kacau. Masukkan udang kering yang telah dikisar halus tadi. Juga sedikit belacan yang telah dibakar.
5. Masukkan untuk tambahan rasa iaitu 1 sudu besar penuh serbuk asam boi. Juga 3/4 sudu besar asam jawa.
6. Akhir sekali, tambahkan 1/2 sudu besar cili flakes untuk seimbangkan rasa. Kacau sebati semuanya.
7. Tambahkan bancuhan air tepung jagung. Masaklah sehingga kuah colek yang dikacau semakin memekat barulah ditutup apinya. Perasakan dengan secubit dua garam.
8. Setelah kuah colek betul-betul sejuk, taburkan dengan kacang tanah tumbuk dan bijan yang telah disangai.
Boleh follow fb cikgu untuk resepi lain yang semestinya menarik.
Banyak resipi yang boleh diolah dari kacang hijau, antaranya kuih lepat kacang hijau yang dikongsikan ini. Jarang sekali kita mendengar atau merasai , apa kata kamu cuba resipi air tangan mak ni, mesti sedap. Selamat mencuba!
RESIPI LEPAT KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung beras
50gm tepung jagung
1 cawan gula merah
1 1/2cawan air
1/2cawan gula pasir (ikut kemanisan)
1 1/2cawan santan kotak
1 cawan kacang hijau (direbus dulu)
1/2sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Satukan tepung beras , tepung jagung , santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati..
Tapiskan kedalam periuk dan buka api perlahan masukkan gula, gula merah n garam dan kacau sampai pekat likat jangan behenti kacau.. kalau behenti akan berketul.. (masa dah pekat sikit masukkan kacang hijau)
Biarkan sejuk sikit baru masukkan kedalam daun pisang.. boleh kukus dan boleh masukkan kedalam peti sejuk..
Tengah cuti ni best jugak kalau buat biskut, kudapan sedap dimakan masa menonton tv. Bagi min biskut Sarang Semut suatu ketika dulu dah dianggap cukup moden dah. Biskut ni dibuat dari tiga jenis tepung iaitu gandum , kastad dan tepung jagung.
Tapi kini dengan pelbagai biskut moden dengan nama omputih yang canggih, biskut ni dah mula dilupai. Min sukakan teksturnya yang rapuh, dan bila dimakan cair dimulut. Wowww…memang sedap lah. Jom kita cuba resipi perkongsian di laman FB: Resepi Biskut Raya Sedap.
BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN :
250gm mentega
100gm gula halus
350gm tepung gandum ( Mas ikut Noorsha guna 250 gm saja )
100gm tepung kastard ( Mas ikut Noorsha tambah )
100gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Bahan Hiasan :
sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil ( warna warni )
secukupnya paper cup kecil
CARA MEMASAK :: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam cawan kertas.
5.Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit )