Layak menyertai pertandingan memasak tersohor dunia seperti rancangan MasterChef UK pastinya memberi kenangan manis lebih-lebih lagi jika terpaksa bersaing dengan barisan tukang masak handal dari luar negara. Lebih istimewa jika ia diadili oleh barisan chef tersohor dan terkenal. Ibarat tuah yang datang tanpa disangka.

 

https://www.instagram.com/p/BgrNcdDHrgN/?taken-by=z.olpin

Bila dah namanya pertandingan, menang dan kalah adalah perkara biasa namun jika disingkirkan tanpa alasan yang munasabah, pasti mengundang kemarahan ramai.

 

Itulah yang terjadi kepada Puan Zaleha Kadir Olpin yang merupakan salah seorang peserta MasterChef UK telah tersingkir dalam siri terbaru rancangan tersebut hanya kerana dikatakan hidangan Rendang Ayam yang dimasaknya tidak rangup!

 

Pada pusingan kalah mati di peringkat suku akhir MasterChef UK, para peserta diminta untuk memasak hidangan yang penting kepada diri sendiri sendiri. Zaleha yang merupakan bekas akauntan Petronas yang berasal dari Kuantan, Pahang ini telah memilih untuk memasak hidangan Nasi Lemak Rendang Ayam yang merupakan makanan kegemaran beliau semasa kecil.

 

https://www.instagram.com/p/BgzHm-SHesB/?taken-by=z.olpin

 

Walau bagaimanapun, juri MasterChef UK; Chef John Torode mengkritik bahawa Rendang Ayam Zaleha harus benar-benar lembut dan hancur. Malah Gregg Wallace yang turut sama menghakimi pertandingan ini mengatakan kulit ayam tidak rangup dan tidak boleh dimakan.

IKLAN

 

https://www.instagram.com/p/Bg84QhChUuv/?taken-by=masterchefuk

 

Zaleha kemudiannya disingkirkan daripada pusingan itu selepas keputusan yang dibuat oleh John Torode dan Gregg Wallace.

Mereka berdua dikatakan tidak berpuas hati dengan hidangan ayam rendang tersebut kerana dikatakan kulitnya tidak rangup dan kuah yang banyak pada kulit menjadikan hidangan tersebut tidak boleh dimakan.

Ramai yang mengkritik keputusan serta tindakan kedua-dua chef tersebut yang dikatakan tidak memahami rasa serta cara sebenar masakan rendang cara Malaysia. Malah ia turut mendapat bantahan dari chef selebriti tersohor Malaysia iaitu Chef Wan.

Peserta Dari Kuantan Tersingkir Dari MasterChef UK Gara-Gara Juri Tak Tahu Rasa Sebenar Rendang!
Image via mynewshub

 

https://www.instagram.com/p/BhFphW_ncMg/

IKLAN

 

Zaleha pada masa yang sama turut menegaskan pendiriannya untuk tetap memasak Nasi Lemak mengikut cara tradisi sepertimana yang diajar oleh ibunya.

 

https://www.instagram.com/p/BgyaY5DnGGZ/?taken-by=z.olpin

 

Ramai yang turut menyokong Zaleha.

 

Peserta Dari Kuantan Tersingkir Dari MasterChef UK Gara-Gara Juri Tak Tahu Rasa Sebenar Rendang! Peserta Dari Kuantan Tersingkir Dari MasterChef UK Gara-Gara Juri Tak Tahu Rasa Sebenar Rendang! Peserta Dari Kuantan Tersingkir Dari MasterChef UK Gara-Gara Juri Tak Tahu Rasa Sebenar Rendang! Peserta Dari Kuantan Tersingkir Dari MasterChef UK Gara-Gara Juri Tak Tahu Rasa Sebenar Rendang!

IKLAN

 

 

Bagi yang tak tahu, John Torode ni pernah ada siri masakannya iaitu John Torode’s Malaysian Adventure yang disiarkan di UK’s Good Food channel pada tahun 2015 dan pernah tengok chef Malaysia masak Rendang Itik. Tapi nampaknya banyak lagi yang dia tak tahu pasal makanan Malaysia!

 

https://youtu.be/CAl49TfJ3SE

Ekoran mendapat kritikan ramai, ini John Torode post di laman sosial beliau. Namun ia dibalas balik oleh netizen.

Peserta Dari Kuantan Tersingkir Dari MasterChef UK Gara-Gara Juri Tak Tahu Rasa Sebenar Rendang!

 

Buat Kak Zaleha, Tahniah RASA ucapkan kerana berjaya mara sampai ke tahap ini. Anda seorang ‘bintang’ sekarang! Teruskan berjuang & moga terus success!

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI