3 Resipi Set Nasi Lengkap Yang Pastinya Akan Buat Anak & Suami Anda Makan Tanpa Henti.

Set nasi lengkap yang selalu menjadi pilihan keluarga bila di hujung minggu.

NASI AYAM

BAHAN-BAHAN

Bahan A – Ayam

  • 1 ekor ayam – bersihkan
  • 3 biji bawang putih- cincang halus atau kisar
  • 4cm halia –hiris nipis
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam

Bahan B – Sambal Lada

  • 4  biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2sm halia muda
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos cili atau sos cili Thai
  • 1 sudu besar cuka makan

Bahan C – Nasi

  • 4 cawan beras
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 ulas bawang putih
  • 3sm halia -hiris nipis
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 helai daun pandan
  • (daun pandan beri aroma wangi)

Bahan D – Sup Ayam

  • 1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
  • 1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
  • Daun sup

Bahan E: Hiasan sampingan

  • Salad
  • Timun
  • Tomato
  • Tauge

CARA MEMASAK:

  1. Ayam:Rebus ayam dalam dlm periuk bersama bawang putih dan halia.
  2. Masukkan air menenggelami ayam, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam.
  3. Rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
  4. Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
  5. Bila nak makan baru potong dan letakkan sedikit kicap cair, renjis minyak bijan dan hias dengan hirisan daun sup.
  6. Cara buat Sambal Cili: Masukkan semua bahan bahan B dalam pengisar dan kisar.
  7. Masak hingga agak pekat.
  8. Nasi:Panaskan minyak dan tumis bahan C yang relah dikisar bagi Bahan C, setelah agak garing separuh bahan tumis masukkan dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam.
  9. Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
  10. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
  11. Hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni.

 

INFO CHEF: Resipi nasi ayam nampak renyah tetapi  mudah disediakan

 

3 Resipi Set Nasi Lengkap Yang Pastinya Akan Buat Anak & Suami Anda Makan Tanpa Henti.

IKLAN

NASI LEMAK PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras – cuci bersih dan toskan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • ½ cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan kisar bersama 1/2 cawan air dan tapis)
  • 1 batang serai -titik
  • 1 helai daun pandan – simpul
  • 3 ulas bawang merah – hiris
  • 1 ulas bawang putih – hiris
  • 1/2 sudu teh halba
  • 1 sudu besar mentega
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan mentega dalam periuk elektrik  atas dapur biasa.
  2. Tumiskan, bawang merah, bawang putih, serai, daun pandan dan halba.
  3. Masukkan air, air pandan pandan, sedikit pewarna hijau dan santan.
  4. Selepas mereneh, masukkan beras dan garam, kacau rata.
  5. Pindahkan periuk dalam periuk  sarang periuk elektrik.
  6. Biarkan nasi masak  seperti biasa.

SAMBAL SOTONG KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 8 keping sotong kering – rendam hingga lembut dan cuci bersih
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 10 -15 tangkai cili kering -rendam lembut
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm belacan

CARA MEMASAK:

  1. Sotong direbus sebentar hingga lembut, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak hingga sambal hampir kering dan kuahnya pekat.
  5. Kemudian masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata seketika.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak yang dilengkapi dengan telur rebus, timun dan kacang goreng.

 

INFO CHEF: Boleh juga hidangkan bersama sambal ikan bilis atau udang

IKLAN

 

3 Resipi Set Nasi Lengkap Yang Pastinya Akan Buat Anak & Suami Anda Makan Tanpa Henti.

3. NASI MANDY AYAM

AYAM MANDY

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
  • 2 biji bawang besar-hiris bulat
  • Sedikit pewarna kuning/saffron
  • Aluminium foil.

CARA MEMASAK:

  1.  Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

NASI MANDY:

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
  • 3 sudu besar minyak sapi)
  • 4 ½  cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar – hiris halus
  • 3 ulas bawang putih –  hiris halus
  • 2.5cm  halia – hiris halus
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  5. Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
  6. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  7. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  8. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.

SOS MANDY

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji tomato -hiris
  • 5 biji cili besar hijau – hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar – halus
  • Garam, gula
  • JuslePerahan lemon secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan semua bahan dalam pengisar.
  2. Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

INFO CHEF: Semasa bakar ayam, ia  akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut.  Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/nasi-goreng-usa-gabungan-lengkap-padat-dengan-rasa-terbaik/

http://www.rasa.my/puas-masak-sendiri-nasi-goreng-sotong-belacan-ikan-bilis-pedas-menyengit/

Set Asas Bubur Ayam, Kangkung Goreng Belacan & Sambal Belacan Paling Mudah & Enak

http://www.rasa.my/set-mudah-nasi-ganja-ayam-goreng-berempah-kari-ala-mamak-cukup-hebat/

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI