Kuih muih tradisi jadi kesukaan ramai. Tidak kurang juga yang menyukai manisan seperti bubur ataupun pengat. Kebetulan ada pula pisang tanduk di dapur yang masak ranum, sedap juga dibuat pengat. Tambah sagu di dalamnya , pasti tak berhenti menghirup dan nikmati isinya. Jom kita buat.
PENGAT PISANG
Bahan-bahan:
5 biji pisang tanduk
3 sudu besar sagu
3 senduk kecil gula pasir
Secubit garam
1 batang kulit kayu manis- BELI ONLINE DI SINI
2 helai daun pandan
Cara memasak:
1.Rebus air dan larutkan gula bersama garam.
2.Masukkan biji sagu.
3.Masukkan daun pandan dan kulit kayu manis dan kacau hingga sagu kembang.
4.Masukkan pisang dan juga santan.
6.Kacau rata biar santan dan kuah mendidih.
7.Tutup api dan pengat sedia dihidangkan panas atau sejuk.
Kredit: Rozel Linda
INGIN MENUKAR PERIUK NASI, BOLEH LIHAT DI SINI.
Agar-agar Kemiyan Cantik Aje Rupanya. Sedap Lagi Buat Berbuka.
https://www.rasa.my/tak-berkunjung-ke-mana-pun-makanlah-maruku-rangup-kat-rumah-cuti-deepavali-ini/
Resipi Pulut Dakap Sedap & Rendang Ayam Padu. Kalau Teringin, Boleh Cuba.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lembut & Gebu Macam Kapas! Jom Buat Donut Minion Viral Ni Pula!
Wah..wah..wah…comel betul tengok donut warna kuning ni. Gebu pula tu. Donut Minion Viral atau donut susu kuning ini, sesuai untuk menarik perhatian anak-anak buat sajian minum petang.
Resipi yang dikongsikan Fienaz Shafie ini, memang teksturnya sangat gebu macam kapas!
Lembut dan bukan gebu donut angin tau tapi memang terasa isinya. Lagi-lagi bila tarik donut tu, memang boleh nampak tekstur lembutnya.
DONUT MINION @ DONUT SUSU KUNING
BAHAN-BAHAN:
1 ½ sudu besar yis – beli online di sini
30ml air suam
BAHAN ULI:
1 cawan tepung gandum – beli online di sini
8 sudu besar tepung high protein jepun (tepung roti) – beli online di sini
1 biji telur gred A
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula kastor – beli online di sini
¼ cawan full cream milk (saya tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry di luar negara)
1 sudu besar marjerin (saya guna cap pelangi) – beli online di sini
1 sudu besar k-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – di shopee @ kedai bahan kek ada)
Pewarna kuning (saya guna pewarna gel base fodd colouring)
CARA MEMBUAT:
1. Rendam yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit (saya guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis anda, kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu, walaupun tak sampai 30 minit dah boleh.)
2. Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada dough.
3.Bila dah nampak doh terbentuk, titiskan pewarna.
4. Kemudian lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.
5. Biar doh kembang penuh mangkuk. Lebih kurang 1 jam kemudian, tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
6. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian dengan anggaran setiap doh 35g.
7. Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sebab baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senang nak masak).
8. Lenyekkan doh, kemudian lubangkan di tengah donut (saya guna besi yang deko icing cake je. Kalau anda tak dak, guna apa-apa janji ada lubang kat donut).
9.Tutup sekejap donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
10. Kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan perlahan sangat, sederhana sahaja. Yang penting jangan sampai donut makan minyak.
11. Kemudian angkat. Dah agak donut suam sikit, baru salut dengan gula icing + susu tepung (susu tepung optional tak mau letak pun tak pa).
12. Macam video (tengok sini), saya tak campur susu tepung sebab tak berapa suka gula icing sahaja.
NOTA PENTING: kalau adunan lembik, tambah tepung, kalau keras tambah susu. Pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.
Kredit: Fienaz Shafie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
10 Resipi Lauk Pauk Guna Petai & Jering, Rasa Memang Sedap Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Instafamous Rosehayati Kongsi 5 Resipi Lauk Kampung. Balik Mengundi Bolehlah Try!
Sesiapa yang selalu mengikuti di instagramnya pasti mengenali beliau, jika baru berjinak dengan dunia masakan beliau antara instafamous yang disebut selalu dan pengikutnya pasti tertunggu-tunggu resipi apa yang dimasaknya hari ini.
Skill Utama Masakan Menu Kampung, Resipi Dan Tunjuk Ajar Emak Jadi Rujukan Utama
Roshayati Jamaludin 38 tahun, mengakui banyak belajar memasak daripada emaknya sendiri. Setiap kali memasak dia pasti akan menelefon emak untuk bertanyakan bahan-bahan dan cara memasak. Sekarang boleh memasak dengan hanya mengagak-agak bahan hasil bantuan emaknya selama ini.
Sebagai surirumah sepenuh masa memasak menjadi rutin harian yang seronok diilakukannya. Rosehayati akan memastikan semua ahli keluarganya makan bersama sebelum keluar dari rumah untuk meneruskan aktiviti harian. Ibu kepada dua cahaya mata ini percaya amalan ini akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan.
Mengakui skill memasaknya lebih kepada masakan kampung dan keluarganya sendiri memang lebih meminati menu kampung. Menu yang selalu menajadi permintaan keluarga adalah yang berkuah seperti singgang, sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman. Rosehayati sangat bersyukur kerana anak-anak tidak cerewet dalam bab makan dan mengamalkan jadual pemakanan yang lengkap.
Asalnya hanya sekadar berkongsi gambar di instagram untuk koleksi sendiri bersama ahli keluarga dan kenalan rapat. Memang pada suami tidak bersetuju dengan minatnya tetapi akhirnya suami memahami dan menetapkan syarat supaya tidak mengabaikan keluarga.
Kini Rosehayatie menjadikan instagram sebagai tempat rujukan bertukar pandangan dan idea baru untuk memasak. Menggunakan smartphone sebagai medium utama untuk mengambil gambar dan video masakannya ternyata gambar yang dihasilkan sangat cantik dan kreatif. Kini laman sosial instagramnya telah mencecah lebih 200K dan beliau sentiasa mengemas kini akaun miliknya.
1. ASAM PEDAS IKAN CENCARU
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor Ikan cencaru sederhana
- 7 batang bendi
- 1 sudu teh biji sawi
- 1 ikat Daun kesom
- 1 keping asam keping
- Air asam jawa secukup rasa
- Air secukup (ikut kepekatan kuah)
- Garam dan secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- Sedikit belacan
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak tumis biji sawi dan bahan kisar hingga wangi kemudian masuk Cili kisar masak sehingga Cili betul2 garing dan pecah minyak..
- Ambil separuh Daun kesom masuk dalam tumisan kacau rata kemudian masuk asam keping dan Cili dah betul betul masak masukan air asam jawa,air secukupnya ikut kepekatan kuah,garam dan secukup rasa.
- Kuah dah mendidih masukan Ikan dan kacang bendi..Biar mendidih seketika supaya Ikan dan kacang bendi betul2 masak..sedia untuk di hidang..
2. PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji terung saiz sederhana | belah dua jangan putus
- 2 paket kecil rempah kari daging babas}bancuh dengan sedikit air
- 2 sb udang kering
- 6 ulas bawang merah | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- I inci Halia | hiris
- 1 btg kulit kayu manis,1 kuntum bunga lawang dan 3 batang cengkih
- 1 paket kecil kerisik
- 1 mangkuk kecil santan
- 3 sb gula | ikut rasa agak kurang boleh tambah
- Garam dan secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak tumis kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan bahan hiris hingga wangi dan masukan rempah kari yang dibancuh bersama air kacau rata masak sehingga rempah kari betul2 masak dan pecah minyak.
- Masukan udang kering,kerisik terung dan santan didih dengan api pelahan supaya pecah minyak.
- Masukan gula,garam dan secukup rasa..masak hingga kuah agak pekat sedikit..siap untuk di hidang bersama nasi putih dan lagi sedap ada ikan masin gelama..
3. KUE TEOW GORENG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 800gm kue teow
- 1/2 kilo sotong
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 3 biji bawang merah | kisar
- 1 senduk Cili kisar | tumis asing
- 2 sb sos tiram
- 1 sb sos cili
- 2 sb Kicap manis
- 1/2 sudu kicap pekat
- Secekak Daun kucai | potong pendek (lebih kurang 1 inci)
- 1 cawan tauge
- Minyak untuk mengoreng secukupnya
- Garam secukup rasa Jika perlu
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali..tumis bahan kisar hingga naik bau..masuk Cili kisar tumis sampai Cili betul betul masak kemudian masuk sos cili,sos tiram,Kicap manis dan kicap pekat sambil kacau..
- Masukan sotong kacau lagi beberap minit hingga sotong hampir masak masukan kue teow kacau lagi beberapa minit..
- Masukan kucai dan tauge sambil di kaup balik sebentar..sayur separuh masak lebih rangup dan sedap..boleh di hidang bersama cili kicap..
4. AYAM MASAK SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 Ekor ayam
- 25 tangkai cili kering | kisar asing
- 1 biji bawang besar | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 1 inci Halia}ketuk
- 2 batang serai | ketuk
- 1 keping asam keping
- 2 sb Cili sos
- 2 sudu gula
- Garam secukup rasa
- 1 biji bawang besar | potong bulat
CARA MEMASAK:
- Kisar Bawang besar dan Bawang putih..cili kering kisar asing..panaskan minyak tumis bahan kisar,halia dan serai hingga wangi kemudian masuk Cili kisar dan tumis sehingga Cili betul betul masak dan pecah minyak..
- Masukan sos cili,asam keping,gula..masak sehingga mendidih dan kepekatan yang disukai
- Akhir sekali masukan ayam yang telah digoreng dan Bawang besar yang dihiris gaul rata dan sedia untuk di hidangkan dengan nasi tomato dan acar jelatah
5. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air kapur
- 4 cawan air
CARA MEMASAK:
- Campur semua bahan,kacau sebati,oles loyang dengan sedikit minyak masak,kemudian tapis adunan ke dalam loyang..
- Didihkan air dalam periuk pengukus dan alas tutup periuk dengan kain tuala untuk elakan air menitik keatas permukaan Kuih yang di kukus nanti..
- Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung pada saiz loyang yang di gunakan..bila dah masak,sejukan terlebih dahulu barulah dipotong
- Gaul potongan Kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam..
- Sedap dimakan untuk hidangan petang..selamat mencuba..
Jangan Pening Nak Hidang Apa Untuk Famili, Nah 2 Jenis Roll Untuk Anda Cuba Masak
Mak-mak jangan pening nak sediakan hidangan apa untuk famili. Buat sesuatu yang simple tapi sedap. Salah satunya adalah roll. Anak-anak pun suka dan teruja sebab senang nak dimakan. Biasanya budak yang jenis memilih makanan, mereka akan suka makan roll begini.
Cheese Roll atau Sardine Roll sangat sesuai untuk minum petang atau sarapan. Hidangan ini tidak terlalu berat. Nak hidangkan pun senang. Cuma goreng saja. Kalau anda buat banyak, boleh simpan sejuk beku. Esok-esok nak makan, ambil dan gorengkan saja.
RASA kongsikan resipi untuk anda buat dua jenis roll ini di rumah. Anak-anak pun suka makan roll macam ni.
Cheese Roll
Bahan untuk doh
1 kg tepung
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam
2 biji telur ayam
250 ml air
Bahan inti
Sekeping keju
Cara membuat
1.Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2.Masukkan mentega. Uli sedikit.
3.Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4.Masukkan telur ayam satu demi satu.
5.Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
6.Ambil sedikit doh dan uli memanjang.
7.Letakkan keju dan gulung rapi.
8.Goreng dengan minyak panas menggunakan api sederhana.
9.Angkat dan toskan.
Sardin Roll
Bahan untuk doh
1 kg tepung
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam
2 biji telur ayam
250 ml air
Cara membuat
1.Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2.Masukkan mentega. Uli sedikit.
3.Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4.Masukkan telur ayam satu demi satu.
5.Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
Bahan inti
Minyak masak untuk menumis
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 biji bawang besar (dicencang)
3 biji cili padi
1 biji kentang (potong dadu)
1 tin kecil sardin
Garam secukup rasa
Cara membuat
1.Masukkan minyak masak ke dalam kuali.
2.Tumis cili kisar.
3.Masukkan bawang putih dan bawang besar.
4.Masukkan cili padi. Tumis sehingga agak kering.
5.Masukkan kentang. Kacau dan biarkan kentang masak.
6.Masukkan sardin dan garam. Biarkan masak. Angkat.
Cara penyediaan
1.Ambil sedikit doh dan gelek gunakan penggelek secara memanjang.
2.Letakkan inti sardin. Gulungkan doh dengan kemas.
3.Panaskan minyak masak dan goreng sehingga kekuningan.
4.Angkat dan toskan.
Selamat mencuba!