Selain dikenali sebagai Pau Goreng Inti Sambal, ada juga yang kata kuih ini sebagai Burger Malaysia. Apapun nama dipanggil yang pasti kuih ini sangat sedap dan digemari ramai, kalau buat untuk hidangan minum petang memang terbaik, mesti anak-anak yang masih bercuti di rumah berebut, silap-silap tak cukup ye.

PAU GORENG INTI SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SAMBAL:
100gram cili kering yang telah digunting,direbus | kisar
3 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
5 sudu makan gula pasir
1 sudu asam pes asam jawa
1 sudu udang kering/ ssegenggam ikan bilis
Minyak masak untuk menumis
1 ulas bawang besar potong dadu
BAHAN DOH:
4 cawan tepung gandum
1/2 peket yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan majerin
2 sudu makan susu tepung
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh
Minyak secukupnya untuk menggoreng
BAHAN LAIN:
Hirisan timun
Hirisan telur

IKLAN
IKLAN
IKLAN

CARA MEMBUAT:

  1. Sediakan bahan sambal dahulu, panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
  2. Masukkan gula,garam,asam jawa. Kacau lagi dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
  3. Kecilkan api, biarkan sambal hingga garing. Tutup api dan ketepikan.
  4. Sediakan doh pula, campur setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir. Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih. Ketepikan.
  5. Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
  6. Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
  7. Biarkan doh sampai mengembang sehingga sekali ganda.
  8. Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
  9. Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  10. Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
  11. Siap untuk dihidang.kredit:Resepi Terbaik Malaya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI