Popia merupakan antara sajian ringan mudah yang puan-puan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak dan sejukbekukan. Intinya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing. Salah satu resipi popia yang sedap tular di laman web masakan ialah Popia Ayam Cendawan Berkeju ni. Memang layan habis! Jom cuba resipi perkongsian saudari Radia Tussoleha ini.

 

POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU

BAHAN A:

  • 1 labu bawang holland(potong cincang)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam (tumbuk halus)
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)

 

IKLAN

BAHAN B:

  • 1 bungkus kulit popia (50 keping)
  • 1 paket isi ayam cincang atau 1 mangkuk daging ayam yang dipotong cincang
  • 1 bungkus sosej ayam (potong kecil)
  • 1 bungkus keju (6 keping)
  • 1 tin cendawan (potong racik)
  • 1 tin champmbells cream (cendawan or ayam)
  • 1biji telur atau 1cawan bancuhan tepung gandum (sebagai gam)
  • 1 kiub ayam dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tumis bahan A sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah diikuti sosej serta isi ayam.
  2. Kemudian masukkan garam, kiub pati ayam. Gaul rata.
  3. Masukkan cendawan dan charambells cream.
  4. Akhir sekali, masukkan keju. Kacau sebati dan padamkan api. Masukkan ke dalam bekas apabila sudah sejuk.

 

CARA MEMBUNGKUS POPIA:

IKLAN
  1. Sediakan kepingan kulit popia. Sudukan 1 sudu inti di hujung kulit popia danlipat.
  2. Lekatkan hujung kulit popia dengan menggunakan bancuhan telur atau bancuhan tepung gandum.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.

 

Nota: Bahan-bahan diatas boleh menghasilkan lebih kurang 50 keping popia.

 

Kredit resipi & gambar: Radia Tussoleha

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI