Bila sebut bab nasi kari kambing, pasti terbayang bau dan rasanya yang enak.

Lagi mudah, bila menggunakan kari kambing dalam tin. Dapur tak berkecah dan cepat siap, memang senanglah untuk mak-mak nak masak untuk keluarga.

Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Fazlina Abd Muen.

 

NASI KARI KAMBING ADABI

Patutlah Ramai Cuba, Rupanya Memang Sedap Nasi Kari Kambing!

BAHAN-BAHAN:

1 ulas bawang putih | dihiris – beli online di sini
1 biji bawang besar | dihiris – beli online di sini
½ biji tomato | dipotong
3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
1 sudu minyak sapi
1 tin kari kambing adabi – beli online di sini
2 ½ pot air
2 ½ pot beras
½ cawan susu
Lobak merah | dipotong – beli online di sini
Lada merah/ hijau | dipotong 2
Garam
Perasa
3 biji telur | direbus & dikupas

IKLAN

TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja

TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, 3 sekawan dan tomato. Gaulkan sehingga semuanya naik bau dan sebati.

Patutlah Ramai Cuba, Rupanya Memang Sedap Nasi Kari Kambing!
2. Kemudian, masukkan kari kambing adabi. Kacau-kacau sekejap. Masukkan air. Gaul-gaulkan.

IKLAN

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Patutlah Ramai Cuba, Rupanya Memang Sedap Nasi Kari Kambing!
3. Masukkan beras dan susu. Gaul-gaulkan bagi sekata dan sebati semuanya.
4. Kemudian, masukkan lada dan lobak merah. Gaul-gaulkan. Jangan lupa masukkan garam dan perasa secukupnya.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Patutlah Ramai Cuba, Rupanya Memang Sedap Nasi Kari Kambing!
5. Akhir sekali, masukkan telur. Gaul dan biarkan semuanya seimbang rasa. Tutup dengan penutup periuk. Biarkan sehingga nasi masak. Pastikan api sederhana perlahan saja. Selamat mencuba!

IKLAN

Kredit resipi: Fazlina Abd Muen

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Papudak @ Kuih Banjar, Warisan Yang Makin Pupus

Cara Buat Nasi Ulam Terengganu Yang Mudah & Sedap!

Muruku Kacang Peas, Snek Istimewa Sempena Deepavali

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI