Anak-anak sekarang memang suka pasta sebab kebanyakan pasta tak pedas, kurang campuran sayur dan mudah dimakan, semudah 1, 2, 3.  Sebab itulah, RASA  kongsikan menu Pasta Udang Berkrim yang terlajak sedap ni. Sure anak-anak suka.

PASTA UDANG BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm udang | buang kulit
  • 200gm pasta rebus
  • 250gm susu cair | 1 kotak kecil susu rendah lemak
  • ½ biji bawang Holland | dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 150gm mentega
  • Garam, paprika, lada sulah dan lada hitam secukupnya
  • Sedikit daun parsli | cincang halus

LANGKAH DEMI LANGKAH:

Pasta Ringkas & Sedap,Boleh Tambah Juadah Raya.

 LANGKAH 1: Masukkan isi udang bersama serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan  garam secukupnya, Gaul rata dan ketepikan.

IKLAN

Pasta Ringkas & Sedap,Boleh Tambah Juadah Raya.

LANGKAH 2: Panaskan sedikit mentega dalam kuali, tumiskan udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.

Pasta Ringkas & Sedap,Boleh Tambah Juadah Raya.

IKLAN

LANGKAH 3: Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang Holland diikuti bawang putih, kacau rata hingga wangi. Kemudian masukkan susu cair dan kacau lagi.

Pasta Ringkas & Sedap,Boleh Tambah Juadah Raya.

LANGKAH 4:  Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam, kacau rata.

IKLAN

Pasta Ringkas & Sedap,Boleh Tambah Juadah Raya.

LANGKAH 5:  Masukkan pasta dan udang yang telah digoreng tadi, kacau rata.

Pasta Ringkas & Sedap,Boleh Tambah Juadah Raya.

LANGKAH 6:  Setelah digaul rata, taburkan daun parsli dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika mahu lebih berkrim dan pedas, boleh tambah parutan keju dan  sebelum dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI