Ikan bilis rangup memang enak dan menaikkan selera lebih-lebih lagi jika disajikan bersama bubur ataupun nasi lemak. Namun, kadang kala ikan bilis yang digoreng akan menjadi lemau dan tidak rangup jika disimpan dalam tempoh yang lama. Ada cara mudah untuk mengatasi masalah ini. Anda memerlukan:

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan bilis | dibersihkan
  • Cuka secukupnya



CARA-CARA:
1. Masukkan ikan bilis ke dalam mangkuk dan masukkan cuka.
2. Rendam seketika anggaran 5 minit.
3. Toskan dan goreng ikan bilis dalam minyak yang panas sehingga garing.
4. Angkat dan toskan minyak. Biarkan sejuk sepenuhnya.
5. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam bekas kedap udara. Hasilnya, ikan bilis akan kekal rangup dan enak walau dalam tempoh yang lama.