Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula.

Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu?

Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.

 

 

Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:

  • 10gm agar-agar = 1 liter air

 

Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:

 

  • 13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air

 

Andai guna AGAr-AGAR BERTALI:

 

  • 25gm agar-agar = 2.5 liter air
  • 30gm agar-agar = 3 liter air

 

 

Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!

 

 

Kredit petua: Diana Ana