Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Namun ada cara mudah yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

 

BAHAN-BAHAN:

  • Anggur
  • Tepung gandum secukupnya

 

CARA-CARA:

1.    Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.

2.    Taburkan tepung gandum dengan secukupnya. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.

3.    Bilas dengan air bersih. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.

 

Kredit Info & Foto: Azleen Azlinda via Masak Apa Hari Ni ( MAHN)