Kalau anda hadapi masalah sebegini, jangan risau. Ada petua yang Rasa ingin kongsikan  untuk anda hilangkan hancing yang menyengat ini:-

  1. Anda boleh juga gunakan air limau nipis atau kasturi untuk mencuci ikan pari kerana air limau akan menghilangkan kan bau hancing dan segala lendir pada ikan.
  2. Atau anda boleh gunakan pelbagai pes rempah ratus untuk perap ikan pari. Selain memberikan rasa yang sedap, rasa pes ini juga bermanfaat menghilangkan bau hancing ikan.
  3. Jika anda mempunyai periuk tekanan di rumah. Anda boleh kurangkan bau hancing dengan memasak ikan menggunakan periuk ini.  
  4. Masukkan ikan di dalam pengukus dan kukus selama 10-15 minit. Kemudian barulah dimasak mengikut resipi yang anda suka.

Selamat mencuba...