Cili padi memang mempunyai rasa lebih pedas berbanding cili merah besar. Bagi yang tak tahan pedas, masakan yang menggunakan cili jenis ini seperti sambal tumis dan sambal belacan, pastinya tidak menjadi pilihan.  Sebenarnya ada cara untuk mengurangkan pedas cili yang boleh anda cuba. Cara-caranya ialah:

 

BAHAN-BAHAN:

  • Buah tomato
  • Gula

 

CARA-CARA:

1. Untuk sambal belacan, masukkan beberapa hirisan tomato dan tumbuk bersama cili. Insya-Allah rasa sambal belacan anda tidak akan menjadi terlalu pedas. Anda juga tidak perlu menambah air kerana jus yang keluar dari buah tomato sudah memadai untuk menjadikan sambal anda basah dan kelihatan banyak.

2. Bagi mengurangkan rasa pedas sambal tumis, anda hanya perlu memasukkan gula. Kuantitinya pula bergantung kepada citarasa anda.