Macam mana nak buat? Mudah je, anda hanya perlukan 750gm bawang merah, 1 labu bawang putih,sedikit tepung gandum dan minyak masak  untuk menggoreng. Tujuan dicampurkan bawang putih dan tepung adalah untuk meranggupkan bawang goreng. 

  1. Bila semyua bahan sudah ada , kupas bawang merah dan putih, kemudian hiris nipis.
  2. Langkah seterusnya taburkan tepung gandum sehingga rata.
  3. Panaskan minyak dan gireng hingga bau wangi dan warna bawang goreng  perang keemasan.
  4. Angkat dan toskan menggunakan tisu dapur dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.