Kalau anda dan keluarga penggemar cucur sayur yang rangup, tidak keras bila sejuk dan tak berminyak bila digoreng. Anda boleh cuba resipi cucur sayur yang dikongsikan ini. Ia sangat mudah dan sesuai dijadikan menu untuk hidangan minum petang anda sekeluarga tak kala PKP ini, barulah tak bosan di rumah.

CUCUR SAYUR
BAHAN-BAHAN:
200gm kubis | cincang halus
1/2 batang lobak merah |cincang halus
5 ulas bawang putih | kisar
150 gm tepung beras |ayak
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur atau 60 gm | pukul menggunakan garpu
2 batang daun bawang |cincang
175 ml atau 3/4 cawan air

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
IKLAN
  1. Masukkan hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
  2. Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
  3. Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
  4. Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
  5. Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
  6. Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
  7. Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
  8. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
  9. Hidangkan bersama sos cili.

INFO: Anda boleh pelbagaikan isian sayur-sayuran ikut cita rasa.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI