Pai dan Quiche dua-dua pun menu yang sungguh lazat dam mengenyangkan. Kalau nak skip nasi, boleh aje makan kedua jenis menu ini. Inti daging, ayam dan keladi dikongsikan dalam tiga resipi ni.

Jika pai menggunakan pastri lapis @ puff , quiche pula biasanya menggunakan jenis pastri rapuh. Selain inti kulit pai juga penting, mempengaruhi keenakan rasa pai dan quiche ini. Jom semak tiga resipi pai dan quiche gerenti sedap nih.

1. BEEF PITHIVIER @ PAI DAGING


Pai VS Quiche, Mana Satu Jadi Kegemaran. Rasa Enak Tapi Jenis Pastri Berbeza

BAHAN-BAHAN :

Bahan pithivier :

  • 3 keping doh pastri lapis @ puff pastri | boleh didapati di kedai bakeri dan pasaraya
  • 1 biji telur | untuk disapu atas pastri lapis

Bahan inti :

  • 500gm daging lembu | dicincang
  • 100gm lobak merah | dipotong dadu kecil
  • 1 labu bawang Holland | dipotong dadu kecil
  • 1 batang daun saderi | dipotong dadu kecil
  • 6 biji cendawan butang segar | dipotong dadu kecil
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 3 sudu teh serbuk sos perang
  • 5 sudu makan minyak masak
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:
Cara membuat inti :

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga layu.
2. Masukkan daging cincang, bawang putih, halia ,serbuk sos perang
3. Selepas itu masukkan lobak merah dan daun saderi
4. Kacau hingga masak dan akhir sekali masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Sejukkan dan letakkan inti ke atas 1 lapisan pastri lapis.
6. Tutup inti tadi dengan 1 lagi lapisan pastri lapis dan tekan sisi pastri lapis dengan garpu supaya tertutup rapat. Kelar di permukaan pastri.
7. Sapu dengan telur untuk mendapat kemasan warna kuning keemasan
8. Bakar didalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 25-30 minit

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 50 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Sajian ringkas dan berkhasiat dengan gabungan inti daging dan sayuran

INFO CHEF : Panaskan ketuhar hingga 180°C dahulu supaya pastri lapis naik dan dibakar dengan rata

RESIPI : CHEF MOHD ZAMRI IDRIS, Pensyarah di Taylor’s University

2. AMERICAN CRUMBLE YAM PIE

IKLAN


Pai VS Quiche, Mana Satu Jadi Kegemaran. Rasa Enak Tapi Jenis Pastri Berbeza

BAHAN-BAHAN :

Bahan A:

  • 70gm gula aising
  • 150gm mentega

Bahan B:

  • 1 biji telur

Bahan C:

  • 260gm tepung gandum
  • 1 sudu makan susu tepung

Bahan D (crumble) :

  • 70gm gula aising
  • 150gm mentega
  • 200gm tepung gandum

Bahan inti :

IKLAN
  • 2 biji keladi besar
  • 80gm gula perang
  • 25gm mentega
  • 60gm kismis
  • 250gm kacang walnut | dibakar dan ditumbuk
  • 1 biji lemon | diambil jus
  • 100ml susu segar

CARA MEMASAK :
Cara buat doh :

1. Adun bahan A hingga sebati, masukkan bahan B dan putar hingga rata
2. Masukkan bahan C yang telah diayak dan gaul sehingga sempurna
3. Rehatkan doh selama 15 minit
4. Keluarkan doh dan canai di antara 2 helai pembalut plastik mengikut ketebalan dan saiz dan masukkan ke dalam acuan pai dengan kemas dan bakar dengan menggunakan suhu 180°c selama 10 minit.Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan.
5. Sementara menunggu kulit pai masak, sediakan crumble terlebih dahulu dengan mencampurkan kesemua bahan (D)dalam satu bekas dan gaulkan menggunakan hujung jari sahaja hingga menjadi seperti serbuk roti,dan ketepikan dahulu.

Cara masak inti :
1. Kupaskan kulit keladi dan potong menjadi dadu.rebus keladi sehingga masak dan ketepikan seketika.
2. Masaknmentega dan gula perang sehingga larut, kemudian masukkan perahan jus lemon,susu segar ,kismis dan walnut kacau sehingga sebati dengan api yang sederhana besar.
3. Akhir sekali masukkan keladi yang telah direbus tadi dan kacau sebati hingga pekat
4. Kemudian isikan inti ke dalam kulit pie yang dah siap dimasak tadi sehingga penuh, dan taburkan crumble diatas permukaan pai sebelum dibakar sekali lagi didalam oven dengan suhu 180 °c selama 40 minit.
5. Setelah dimasak sejukkan dan siap untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Inti keladi bersama kacang walnut menjadikan pai ini cukup unik dan sedap rasanya
Jenis masakan : Pai (pastri)

INFO CHEF : Pastri akan menjadi retak jika pai dibakar terlalu lama.

Resipi : Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak,Pahang

3. CHEEZY CHICKEN QUICHE


Pai VS Quiche, Mana Satu Jadi Kegemaran. Rasa Enak Tapi Jenis Pastri Berbeza

IKLAN

BAHAN -BAHAN :

Bahan kulit pai :

  • 250gm tepung gandum
  • 150gm mentega
  • Secubit garam
  • 60-80ml air

Bahan inti quiche :
Bahan A :

  • 160gm bawang holand | dihiris
  • 3 sudu besar minyak masak

Bahan B :

  • 80gm daging ayam | didadu
  • 80gm keju parmesan | diparut

Bahan C:
3 biji telur

Bahan D :

  • 200gm susu segar
  • 150gm whipping krim
  • 20gm tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • 2gm serbuk kulit kayu manis

CARA MEMASAK :
Cara membuat kulit pai :

1. Potong dadu mentega menjadi potongan kecil dan gaulkan dengan tepung menjadi seperti serbuk roti
2. Tambah dan adun menjadi doh. Bentukkan ia menjadi bebola dan leperkan. Balut dengan pembalut plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit
3. Canaikan doh di antara 2 helai pembalut plastik menjadi 3mm tebal dan sedia digunakan di dalam acuan pie.
4. Canaikan doh pastri tadi dan masukan dalam acuan pie tusukkan pastri dengan garfu dan bakar didalam oven dengan suhu 190 C selama 15 minit

Cara membuat inti :
1. Tumiskan bahan (A) sehingga bawang menjadi perang dan lembut biarkan sehingga sejuk
3. Masukkan bahan (A) yang telah sejuk ke dalam kulit pastri, masukkan bahan(B) dan (C) di atas
4. Pukul bhn (D) hingga rata dan tapiskan , tuangkan ke dalam kulit pastri yang sudah siap dibakar tadi
5. Bakar pada suhu 200oc selama 15 minit
6. Keluarkan dan siap untuk dihidangkan

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Kulitnya yang rapuh dan sedap dengan inti ayam berkrim penuh berperisa
Jenis masakan : Pai

INFO CHEF : Pastri akan menjadi retak jika pai dibakar terlalu lama. Untuk inti jangan terlalu lama masak setelah krim whipping dimasukkan

Resipi : Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak,Pahang

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI