Opor masakan yang sangat sinonim dengan orang Pekan, Pahang, menu autentik ini selalu dihidangkan di majlis kenduri kendara atau Hari Raya. Rasanya sangat sedap dan boleh dimakanan dengan nasi putih, nasi bertumis, lemang, nasi impit, ketupat palas dan juga roti. Kalau anda ingin mencuba, silakan, resipi di ada disediakan di bawah.
OPOR DAGING PEKAN BAHAN-BAHAN (untuk 2 kilo daging kerbau): 2 kilo daging kerbau | hiris sederhana tebal, tidak terlalu tebal atau nipis 2 peket kecil rempah opor puteri ayu | sepeket untuk sekilo daging 4 sekawan | bgi balance berdasarkan bau Santan (kelapa parut/kotak) 2 keping asam gelugor 3 keping gula kabung/ kerek Garam secukup rasa Gula pasir secukup rasa Minyak secukupnya | untuk menumis BAHAN KISAR: 7 biji bawang besar | sebiji mayang, 6 biji kisar/ boleh je kisar semua 7 ulas bawang putih (seulas mayang, 6 biji kisar/boleh je kisar semua 7 ulas bawang kecil | kisar 3cm halia 3cm lengkuas 7 batang serai | kisar Sedikit belacan | guna 2 kiub belacan 15 tangkai kering |kisar
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan 4 sekawan sampai naik bau. 2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang hingga kekuningan. 3. Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, lengkuas, serai) 4. Masukkan lada kering yang dikisar (pastikan betul-betul masak). 5. Masukkan rempah opor yang dibancuh. 6. Masukkan belacan (saya guna belacan yang dah dipotong kiub, saya guna 2 kiub) 7. Kacau sampai naik bau. {tumisan rempah perlu sentiasa dikacau dengan api sederhana). 8. Masukkan daging (potongan daging tak boleh terlalu nipis dan terlalu tebal) 9. Masukkan gula kabung/gula kerek . 10. Masukkan santan (lebih sedap santan yang diperah) 11. Masukkan asam jawa/asam keping atau kedua-duanya pun boleh (bergantung ats rasa). 12. Masukkan garam (saya lebih suka guna garam kasar) 13. Masak sampai daging lembut.
IKLAN
INFO: Opor perlu sentiasa dikacau untuk elakkan rempah hangit. Tapi bila da masuk daging, kacau hingga dasar kuali supaya tidak ada rempah melekat pada kuali. Kacau setiap 2/3 minit. Rasa perlu balance (pedas, masam, masin, manis, lemak dan berempah). Masak opor tidak susah namun perlu ada teknik. Kena pandai balance kan rasa. Tips kena bersabar. RESIPI BUAT REMPAH OPOR PAHANG (Untuk Sekilo Daging) BAHAN-BAHAN: Segenggan ketubar biji Segenggam jintan kasar Secubit jintan halus Cili kering ikut kepedasan diinginkan | potong tangkai dan hujung untuk keluarkan biji
IKLAN
CARA MEMBUAT:
IKLAN
Kesemua bahan, (kecuali cili kering disangai berasingan) disangai menggunakan api perlahan hingga garing.
Kisar sekali kesemua bahan hingga halus, ayak untuk rempah yang halus.
Kredit-Syarifah Nabila Sayed Harun
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Haa kalau nampak bungkusan putih dalam kuah sup jangan dibuang pulak. Ni bukan barang santau atau ‘black magic’, hehehe.
Sup bunjut tulah jadi ‘killer’ rasa sup yang sedap melampau tu. Benda boleh jimat, kita jimat ajelah. Ada juga orang buat sup tak guna sup bunjut. Cuma letak rempah empat sekawan gitu aje.
Bagi pemilik resipi Nana Ismail, ‘feeling’ sup kurang menyengat kalau takde sup bunjut ni. Ok lah ini dia ramuannya, buat sendiri lagi segar lagi jimat. Inilah ramuan yang dibuat sendiri, barulah betul-betul homemade kuah sup tu.
SUP BUNJUT
.
BAHAN-BAHAN ( UNTUK 1 BUNJUT):
.
1 sudu teh ketumbar biji
2 ruas bunga lawang
Secubit jintan manis
2-3 kuntum bunga cengkih
Tak sampai ½ inci kulit kayu manis
5-6 biji lada hitam
2 inci persegi kain putih (kain kasa jarang)
.
CARA-CARA MEMBUAT: 1. Kayu manis dan bunga lawang dipatahkan serta diketuk lebih kecik. 2. Bahan yang lain tumbuk kasar je sebab nak naikkan aroma menyengat tu. 3. Bentangkan kain putih yang siap dipotong 4. Tuang semua ramuan dan diikat kemas dengan benang putih. 5. SIAP!
Sedapnya makan tepung pelita kalau sejuk-sejuk, terasa lemak manisnya di tekak. Sayangnya malas nak ke bazar sebab panas. Jomlah kita buat sendiri, tak perlu daun pisang, guna je acuan dessert. Mudah dan kalau nak sedekah pada jiran-jiran pun cantik. Paling penting cara membuatnya senang.
TEPUNG PELITA
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN HIJAU (BAWAH):
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
1 sudu tepung Hun Kwe
5 cawan air
½ cawan air pandan
LAPISAN SANTAN (LAPISAN ATAS):
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
3 cawan air
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
1. Mulakan dengan lapisan atas, campurkan semua bahan.
2. Kacau rata hingga tidak ada yang bergentel.
3. Renehkan atas api perlahan hingga meletup-letup.
4. Tutup api, sudukan ke dalam acuan yang telah disiapkan.
5. Seterusnya sediakan bahan atas.
6. Campurkan kesemua bahan, kacau rata hingga tak bergentel.
7. Renehkan atas api perlahan hingga meletup-letup.
8. Tutup api dan sudukan ke atas lapisan hijau.
9. Setelah siap masukkan dalam peti sejuk.
Kombinasi nasi berperisa yang dinikmati bersama daging dan air asam. Cukup rasa, daging yang lembut serta tidak muak! Memang enak dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
BAHAN-BAHAN NASI DAGING:
1/2 kg daging | potong kiub sederhana kecil & rebus
5 cawan beras
2 sudu besar rempah kurma
Rempah 3 sekawan
1 sudu besar marjerin
1 ulas bawang merah hiris
1 ulas bawang putih hiris
1 helai daun pandan
1/2 kiub pati ayam
Suku setengah cawan susu cair
2 sudu besar sos tomato
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan marjerin.
Tumis bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3sekawan danserbuk kurma. Kacau sekejap biar sebati dan bau harum.
Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan. Kacau biar sebati.
Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging, susu cair dan sos tomato.
Pindahkan periuk nasi ke dapur elektrik. Tunggu hingga masak.
Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
BAHAN AIR ASAM KERISEK:
1 biji tomato | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
3 biji cili padi | dihiris
Asam jawa
1 sudu besar kerisik
3 biji cili merah | ditumbuk
4 biji cili padi | ditumbuk
Belacan bakar besar ibu jari | ditumbuk
Garam | ditumbuk
Gula | ditumbuk
CARA-CARA:
Tumbuk cili merah, cili padi, belacan, garam dan gula.
Masukkan bahan-bahan hiris ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan pula bahan tumbuk ke dalam mangkuk.
Tambahkanasam jawa dan masukkan air sedikit. Gaul hingga sebati.
Masukkan kerisek dan gaul lagi.
Siap dan sedia untuk dinikmati bersama nasi daging.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...