Bila memasak kadang kala anak tak berapa nak makan. Yang dia sukai antaranya nuget dan ayam goreng. Di waktu pandemik ni  tak larat nak membelilah . Untuk langkah berjimat, kita buat sendiri dengan rasa yang asli. Dikongsikan resipi membuatnya.

NUGGET AYAM TEMPURA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

• 700gm isi dada ayam (potong kecil )
• 2 biji telur
• 5 ulas bawang putih -BELI ONLINE DI SINI
• 2 biji bawang merah saiz sederhana -BELI ONLINE DI SINI
• serbuk lada hitam secukupnya
• 3 sudu makan tepung ubi kayu- BELI ONLINE DI SINI
• Garam dan perasa (jika suka) secukupnya
• Tepung goreng serbaguna secukupnya
• sedikit mentega

CARA MEMASAK :

1. Kisar semua bahan hingga halus. (boleh guna food processer jika ada. Kalau tak ada guna pengisar biasa je).

IKLAN

2. Ambil loyang bersesuaian sapukan sedikit mentega.

3. Tuang adunan yang dah dikisar tadi ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

4. Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.

5. Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.

IKLAN

6. Bancuh tepung serbaguna dengan air.Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.

7. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.

8. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Kredit resepi : Noor Liyana

IKLAN

ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH BELI DI SINI

Resipi Pepes Ikan Sedap. Boleh Masak Cara Kukus & Bakar

Cara Buat Cucur Udang dan Sos Lada Merah, Simple Tapi Sedap

Batter Pisang Goreng Dengan Sambal Kicap Simple, Rangup Sampai Ke Petang

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI