Biarpun bermacam-macam kek moden yang dihiasi aising, ganache atau fondan menjadi kegemaran ramai, namun kek lama masih menjadi pilihan bagi memeriahkan Aidilfitri. Bukan sahaja rasanya enak dan mudah disediakan, malah ia juga menggamit kenangan beraya bersama keluarga.

 

1. KEK BUAH

Nostalgia 8 Kek Lama Masih Jadi Pilihan Memeriahkan Hidangan Di Hari Raya!

BAHAN A:

  • 300 gm mentega
  • 280 gm gula kastor
  • 6 biji telur
  • BAHAN B:
  • 1 kg buah-buah campuran kering |  gaul  dan rendam selama 4-5 jam
  • 1 cawan |  jus oren

 

BAHAN C:

  • 360 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul bahan A sehingga kembang dan masukkan telur.
  2. Campur bahan B. Gaul dengan sudu kayu.
  3. Masukkan tepung dan gaul perlahan dengan senduk kayu hingga sebati.
  4. Bakar selama 45 minit pada suhu 165C.

 

 Info Chef :  Boleh juga gunakan jus dalam tin/kotak.

 

 

 

 

 

2. CHOCOLATE SWISS ROLL

 Nostalgia 8 Kek Lama Masih Jadi Pilihan Memeriahkan Hidangan Di Hari Raya!

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A

  • 3 biji telur
  •  60 gm gula
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu besar ovallate
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu besar susu tepung
  • 60 gm mentega – cairkan
  • Krim segar secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul bahan A dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan mentega cair.  Kaup balik dengan hingga sebati.
  3. Tuang adunan dalam loyang 11″ X 8″ yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak. Ratakan.
  4. Bakar suhu 170° S selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
  5. Biarkan kek sejuk. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Buang kertas alas bakar tadi.
  6. Sapukan permukaan kek dengan krim mentega dan gulung kek dengan cermat.

 

Info Chef :  Krim segar boleh dibeli di pasar raya (dalam kotak). Hanya pukul sehingga kembang.

 

 

 

3. KEK LAPIS BLUEBERRY

BAHAN A:

  • 20 biji telur (gred A) / | pukul  7 putih telur sahaja
  • 280 gm gula kastor

 

BAHAN B:

IKLAN
  • 450 gm mentega
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil vanila

 

BAHAN C – DIAYAK:

  • 140 gm tepung halus
  • 2 sudu teh rempah kek

 

BAHAN D:

  • 1 sudu teh esen blueberry
  • 1 sudu teh pewarna ungu

 

CARA MEMASAK:

  1. Asingkan 7 putih telur dan pukul bersama gula (bahan A).
  2. Pukul kuning telur (asingkan).
  3. Pukul bahan B dan masukkan Bahan C. . Kaup balik dan campur bersama bahan adunan tadi.
  4.  Bahagi kepada dua bahagian dan campurkan D pada salah satu adunan.
  5. Bakar berselang seli selama 15 minit setiap lapis sehingga habis pada suhu 170°S.

 

Info Chef :  Pastikan anda menggunakan senduk kayu ketika mengaup-balik adunan.

 

 

 

4. MUFFIN VANILA

Nostalgia 8 Kek Lama Masih Jadi Pilihan Memeriahkan Hidangan Di Hari Raya!

BAHAN-BAHAN:

  • 2  cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan susu
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur saiz besar
  • 1/2 cawan mentega – cairkan

 

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung, serbuk penaik  dan garam.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula, esen vanila dan kemudian masukkan mentega yang dicairkan. Kacau sebati.  Tuang sedikit demi sedikit dalam tepung.  Kacau sebati.
  3. Sudu kan dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar selama 20 minit pada suhu 165°S.

 

Info Chef :  Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.

 

IKLAN

 

 

5. KEK BATIK MILO

 Nostalgia 8 Kek Lama Masih Jadi Pilihan Memeriahkan Hidangan Di Hari Raya!

BAHAN A:

  • 200 gm  Milo
  • 250 gm mentega
  • 230 gm susu pekat
  • 1 sudu teh vanila

 

BAHAN B:

  • 300 gm biskut Marie

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan A.  Masak guna kaedah `double boil’.
  2. Patah-patahkan biskut dan gaulkan dengan bahan A.
  3. Tekan dalam Loyang 10×10.  Sejukkan sebelum potong.

 

Info Chef :  Bagi menambah kesedapan, boleh cuba taburkan horlick, oat atau kekacang sebagai ‘topping’.

 

 

 

6. KEK PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 6 biji pisang – dilecek
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum
  • ¾ cawan mentega cair
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen pisang/vanila
  • Secubit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Campurkan pisang lenyek, garam dan soda.
  2. Pukul telur, gula dan esen pisang hingga kembang. Masukkan mentega cair.
  3.  Tuang adunan pisang dalam adunan telur. Kaup balik hingga sebati.
  4. Bakar selama 40 minit pada suhu 165°S.

 

Info Chef :  Pisang berangan dan embun antara yang sedap digunakan untuk kek pisang.

IKLAN

 

 

 

7. KEK GULA HANGUS

 Nostalgia 8 Kek Lama Masih Jadi Pilihan Memeriahkan Hidangan Di Hari Raya!    

BAHAN A:

  • 1 ¼  cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 125 gm mentega

 

BAHAN B:

  • 4 biji telur gred  A
  • ¼  cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila

 

CARA MEMASAK:

  1. Buat gula hangus. Masukkan air panas perlahan lahan. Masukkan mentega cair.
  2. Pukul perlahan telur dengan senduk kayu dan campur susu pekat serta vanila.
  3. Campurkan tepung dan soda bikarbonat. Masukkan dalam loyang.
  4. Biarkan adunan 4-5 jam sebelum bakar pada suhu 165°S selama 40-45 minit.

 

Info Chef :  Sebaiknya jangan menggunakan pengadun elektrik ketika memukul telur.

 

 

 

8. KEK COKLAT

Nostalgia 8 Kek Lama Masih Jadi Pilihan Memeriahkan Hidangan Di Hari Raya!

BAHAN A – DIAYAK BERSAMA:

  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 ½ sudu teh serbuk penaik
  • Secubit garam

 

BAHAN B:

  • 250 gm mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • ¾ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 ¼ cawan susu mentega
  • 1 sudu teh esen vanila

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanila.
  3. Selang-seli kan bahan A  dan susu mentega.   Akhiri dengan bahan A
  4. Bakar selama 25 minit pada suhu 160°S.

 

Info Chef :  Kek ini juga enak jika dimasak secara kukus.

 

 

Resipi:  Zeti Hot Oven, Seri Kembangan

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI