Gabungan tempoyak, petai, ikan bilis dan cili padi yang memang membangkitakan selera tertutama bagi peminat tegar petai. Rasa pahit petai, masam manis tempoyak dan pedasnya cili padi memberi pelbagai rasa yang padu.

Nikmatnya Makan Nasi Putih Dengan Petai & Ikan Bilis Masak Tempoyak Cili Padi Merecik

RESEPI PETAI & IKAN BILIS MASAK TEMPOYAK CILI PADI MERECIK

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 genggam ikan bilis basuh n goreng garing
  • Daun kunyit potong rampai
  • 1 batang serai titik
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Sedikit garam & gula
  • Tempoyak 3 sudu besar (kalau guna isi durian pun boleh)
  • *3ulas bawang putih
  • *3ulas bawang kecik
  • *1 biji bawang besar (Kalau suka lebihkan bawang jadi lebih sedap dan manis)
  • Segenggam dua cili padi ikut selera masing-masing

 

Nikmatnya Makan Nasi Putih Dengan Petai & Ikan Bilis Masak Tempoyak Cili Padi Merecik

IKLAN

Nikmatnya Makan Nasi Putih Dengan Petai & Ikan Bilis Masak Tempoyak Cili Padi Merecik

IKLAN

Nikmatnya Makan Nasi Putih Dengan Petai & Ikan Bilis Masak Tempoyak Cili Padi Merecik

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk lumat bahan yang bertanda *  dan tumis dengan sedikit minyak.
  2. Agak-agak garing titikkan sebatang serai masuk sesudu serbuk kunyit.
  3. Tumiskan 2 ke 3 sudu besar tempoyak dan masukkan sedikit air.
  4. Masukkan secukup rasa  garam dan gula. Bila sudah garing, baru masukkan petai dan daun kunyit yang sudah diracik halus.
  5. Akhir sekali masukkan pula ikan bilis yang sudah digoreng garing terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Nurhazlinda Hamisan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI