Untitled design - 2021-06-17T111351.713

Tak boleh ke Korea , hari ni kita feeling macam di Korea dengan menikmati Korean Spicy Chicken. Selalu beli di pasar malam saja, sejak PKP ni nak mkn kenalah masak sendiri. Rasanya berganda dengan salutan tepung yang membuat ia rangup dan pedas. Memang ketagih pasti tak cukup satu. Boleh juga hidangkan menu ini istimewa untuk hari lahir anak.

Nikmati Korean Spicy Chicken Rangup Bersama Sos Homemade

Korean Spicy Chicken
Bahan- Bahan
10 ketul ayam
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Tepung goreng berempah / Bestari
Lada berperisa Aji Shio-BELI ONLINE DI SINI

Nikmati Korean Spicy Chicken Rangup Bersama Sos Homemade

Cara memasak:
1. Kisar bawang putih dan halia, gaul pada ayam, tambah serbuk lada berperisa kemudian perap selama 30 minit.
2. Bancuh 4 sudu besar air dengan 1 sudu besar tepung goreng berempah / Bestari.
3. Celupkan ayam yang diperap tadi dengan bancuhan tepung kemudian salut dengan tepung goreng berempah / Bestari. Perap lima minit.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.

Nikmati Korean Spicy Chicken Rangup Bersama Sos Homemade

IKLAN

Bahan sos:
5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar cili serbuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato-BELI ONLINE DI SINI
4 sudu besar madu-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit perahan air lemon
Bijan disangai-BELI ONLINE DI SINI

Cara memasak:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih.
3. Masukkan cili kisar masak hingga garing.
4. Masukkan cili kisar, cili serbuk, sos cili dan sos tomato kacau seketika.
5. Masukkan madu.
6. Tambahkan sedikit air ( Kalau nak ranggup jangan banyak air)
7. Masukkan perahan lemon.
8. Perasakan dengan garam gula dan ajinomoto. Biarkan sos sejuk seketika untuk mendapatkan ayam yang ranggup krup… krup.
9. Masukkan ayam yang digoreng tadi.
10. Tabur bijan di atas ayam.

Kredit: Nur Masri

IKLAN

Ayam Goreng Vietnam Rangup Dan Pedas Memang Tak Cukup Satu

Resipi Sambal Geprek Original Jogjakarta Paling Enak

Ini Rahsia Ayam Goreng Berempah Yang Sedap & Serdak Tak Hangus.

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI