Bergedil memang sedap dimakan begitu sahaja, tapi kalau buat inti popia jadilah popia bergedil lagi meletop menikmatinya. Sajian ekspres paling mudah nak memasaknya. Guna aje kulit popia yang dijual di pasaraya, dah masuk inti, goreng aje.

Jom tengok resipi perkongsian Anie Nor ni, buat inti lebih sikit lebih nanti boleh buat bergedel aje.

POPIA BERGEDEDIL

Ni Dia Cara Buat Popia Bergedel, Keenakan Dua Dalam Satu
BAHAN-BAHAN :

  • Kulit popia secukupnya

Bahan inti :

  • Ubi kentang | digoreng dan dilenyek sampai lembut
  • Daun Sup/bawang | dihiris halus
  • Isi ayam | digoreng+garam sikit dan digunting halus
  • Bawang goreng
  • Bawang putih digoreng dan ditumbuk
  • Lada cili / merah | ikut citarasa
  • Garam secukup rasa
  • 3 biji telur

CARA MEMASAK :
1) Masukkan bahan-bahan semua tadi , masukkan lada sulah sedikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata. Perasakan dengan garam.

IKLAN

Ni Dia Cara Buat Popia Bergedel, Keenakan Dua Dalam Satu

Ni Dia Cara Buat Popia Bergedel, Keenakan Dua Dalam Satu
2) Ambil kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulunglah bergedil bersama kulit popia tadi. (kalau tak lekat letak air di bahagian yang tak lekat tu.
3) Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng
4) Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain dan ambil bergedil popia tadi dan celupkan ke dalam telur, dan terus masuk kuali untuk digoreng.

Ni Dia Cara Buat Popia Bergedel, Keenakan Dua Dalam Satu
5) Nampak kekuningan terus angkat dan bolehla hidang dan taburlah sikit daun sup

IKLAN

Ni Dia Cara Buat Popia Bergedel, Keenakan Dua Dalam Satu
.

Berbaloi untuk dicuba, pasti anak-anak suka.

kredit: anie nor

IKLAN

ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MENGGORENG DAN MEMASAK. DAPATKAN PELBAGAI PILIHAN DI SINI.

JOM SEMAK RESIPI MENARIK INI :

DAN JUGA RESIPI INI, BEST TAU :

Koleksi Resipi Ideal Untuk Jamuan Akhir Tahun Sekolah Anak.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI